REVIEW KAMERA CASIO EXILIM ZR-3600

By | Thursday, July 28, 2016 1 comment
Me and kamera ibarat 'BFF'. Tak kisahlah handphone canggih mana sekalipun, kamera wajib dibawa sekali. Kalau tak, memang meraunglahhhh jawabnya. Eh, boleh hilang mood ok! =P

Nak pula kalau pergi bercuti. Memang tak lekanglah tangan dengan kamera. Klik sana, klik sini merakam kenangan indah. Sebab itulah pemilihan dalam membeli kamera sangat-sangat penting.

#throwback Langkawi

And i'm so lucky to have Casio EX-ZR3600. Dilancarkan pada bulan Mac 2016, kamera ini bukan sahaja untuk selfie, malah untuk gambar jarak jauh, jarak dekat dan lengkap dengan pelbagai fungsi. Kualiti dipertingkatkan dari kamera Casio yang terdahulu, kamera Casio EX-ZR3600 ini sememangnya menjadi pilihan kaki-kaki gambar kat luar sana.


Yang best pasal kamera ni, gambar korang jadi cantik. Kulit jadi flawless, fresh, berseri dan bermacam-macam lagi. Tak payah susah payah nak filter guna apps ke apa.. Tak perlu .. (Shusshhh, don't let anyone know about this yeah? Kita simpan rahsia ni sesama. Haha).


So, bila nak selfie takdela segan silu. Keyakinan untuk berselfie pun bertambah. Maklumlah muka jadi flawless persis retis gittew. Casio EX-ZR3600 ni dilengkapi dengan 5 filter seperti elegant, foggy, fairy, nostalgic dan vivid. Paling penting ianya ringan dan LCD screen yang boleh dipusing hingga 180 darjah ke hadapan bagi memudahkan sesi selfie. Hihihi.

Bukan tu sahaja, kamera ini turut dilengkapi dengan fungsi 'wave selfie mode' iaitu dengan menggerakkan tangan pada kamera, secara automatik kamera ini akan merakam gambar anda. So easy right? I'm so in love with this camera.

Menggunakan 'Selfie Wave Mode' ...

Terdapat 3 warna Casio EX-ZR3600 iaitu purple, shocking pink dan grey white. But of course aku pilih pink. Dari jauh dah menyerlah warna pink kamera ni. Hehe. Harganya takdelah mahal sangat, just RM1899 untuk 1 kamera. Berbaloi-baloi!!



For blogger or social media influencer, aku memang suggest korang beli kamera ni. Gambar terang, zoom terbaik dan boleh connect dengan WIFI. Fungsi WIFI bukanlah connect kat Internet, tetapi connect dengan gadget lain seperti handphone dan seterusnya berfungsi untuk memindahkan gambar dari kamera ke gadget lain. Mudah sangat!!

Thanks adik ipar pinjamkan tangan ... 

Kalau korang nak tengok gambar-gambar yang aku dah rakam, rerajinlah tengok Instagram aku .. or boleh tengok hashtag .....
#CASIOZR3600
#selfieisCASIO
#CASIOexilimmalaysia

pssssttt, kalau beli kamera ni, jangan lupa register warranty online untuk dapat extra warranty .. :)

Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. cantik-cantik juga ya gambarnya..kemudian, ada 3 jenis pilihan sahaja ya? warna hitam takda? tak sesuai rasanya lelaki guna pink gan purple. putih cepat kotor. boleh camtu? hehehe.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete

Sexy Red Lips