Latest Posts

Showing posts with label ADVERTORIAL. Show all posts
Showing posts with label ADVERTORIAL. Show all posts
Kalau dihitung dengan masa, aku memang tiada masa untuk ke salun seperti wanita lain. Boleh katakan setahun sekali lah aku ke salun .. Jarang sangat-sangat! Oleh sebab itu jugalah, aku sangat mementingkan produk penjagaan rambut.

Dah macam-macam produk aku try. Kebanyakannya seperti tidak memberikan kesan apa-apa. Untuk pengetahuan korang, aku mengalami masalah rambut gugur yang sangat kronik. Kengkadang rasa macam down pun ada bila tengok rambut leper dan nipis. Iskkkk.. 

Sampailah Dove memperkenalkan produk terbaru mereka, DOVE VOLUME & NOURISHMENT dengan teknologi Oxyfusion. Arghhh, lega!! Inilah produk yang aku cari selama ni. 

Dove Volume & Nourishment
Sebelum dan selepas ... Ha nampak tak perbezaannya selepas seminggu pakai?? 

Sesungguhnya rambut tipis dan kering adalah antara mimpi ngeri bagi mereka yang free hair macam aku. Boleh spoil the moodlah orang putih cakap. Mujur Dove memahami masalah ini dan membawa satu penyelesaian baru supaya rambut kelihatan tebal, bermaya dan menawan setiap hari.

Bau sedap .... 

Macam aku cakap tadi, produk ini menggunakan teknologi oxyfusion yang mana formulasinya mengandungi gabungan oksigen yang membolehkan ia menyerap jauh ke dalam rambut dengan pantas dan seterusnya memberikan kelembapan berpanjangan yang menjadikan rambut nampak lebih tebal, lembut dan bermaya sehingga 95% tanpa rasa berat.

Produk ini didatangkan dengan :

1) Syampu Dove RM15 (340 ml)

Gunakan setiap hari untuk membersihkan rambut dan memulihkan rambut kering dan nipis. Insyallah syampu ini dapat menyuburkan semula akar rambut pada setiap kali cucian.

Cara menggunakan : Basahkan rambut, tuangkan syampu pada tangan. Urut rambut dan kulit kepala dengan perlahan sehingga rata dan kena semua rambut kemudian bilas.


2) Perapi Dove RM15 (330ml)

Tak lengkap jika gunakan syampu je. Jangan lupa gunakan perapi sekali. Perapi ini dapat membantu mengembalikan kelembutan dan kelicinan rambut tanpa membuatkan rambut rasa berat. Rambut anda akan jadi tebal dan bermaya selepas menggunakan produk ini.

Cara menggunakan : Fokus pada bahagian tengah rambut sehingga penghujung rambut, ratakan dengan perapi Dove dan akhirnya bilas sampai bersih.

Ada yang gigih dalam mendapatkan rambut yang tebal seperti tocangkan rambut semalaman, gunakan alat mengerinting dan macam-macam lagi. Eh, aku tak gigih seperti mereka. Dengan kedua-dua produk Dove ni, korang tak perlu nak struggle setiap hari dengan masalah rambut leper.


Bau produk ni pun harum ... Sampai member aku tegurlah aku pakai syampu apa. Tergodalah tu dengan keharuman syampu Dove Volume & Nourishment ni. Nah, rahsianya aku pakai syampu dan perapi Dove Volume & Nourishment.

Syoknya kalau ada rambut macam ni kan??

Produk rambut Dove Volume & Nourishment ini juga sesuai untuk mereka yang berhijab. Lebih-lebih lagi mereka yang berhujab lebih dari 12 jam. Berhijab terlalu lama memang memberi kesan kat rambung. Sedangkan yang free hair pun mengeluh dengan rambut leper dan nipis, apatah lagi yang berhijab. Kan?

Haa, nak try produk ni tak? Jomlah sertai giveaway Dove bersama Kisah Tatie. Senang je nak menang. Serius!! Hahahaha.

Sila jawab soalan di bawah ini di ruang komen kat entry ini. Jangan lupa sertakan emel sekali .. Siapa terpilih, diorang bakal memenangi hamper Dove bernilai RM100. Wow, wow, wow. Jemput join!!!

Soalannya :
1) Macamana Oxyfusion Technology berfungsi terhadap rambut?
2) Nyatakan kelebihan bila menggunakan produk baru Dove Volume & Nourishment?

Semua jawapan soalan ni ada di atas !!! Ngeee... Jawab dengan segera ok?

So lovely ...!! Thank you Dove.


Hai .. Assalamualaikum. Hari ni kita pergi jauh sikitlah. Jauh dari negeri sendiri. Dahla jauh, tinggi pulak tu. Ish, ish, ish ... kat manalah tu kan? Haha.

Hari ni nak review buka puasa di Rajawali Bazaar Ramadan, Awana Hotel Genting Highlands. Haa, jauh tak?? Kat luar negeri juga tu, Pahang ... Hahaha. =P

Reserved for Blogger

Inilah tempat yang paling jauh untuk buka puasa dalam tahun ni. Boleh katakan Ramadan tahun ni, aku tak kemana-mana sangat. Busy kat rumah. So, bila dijemput oleh Resort World, memang terus kata setuju. Hahaha. *gian nak jalan lettew*.

Awana Hotel Genting Highlands

First time aku buka puasa kat Genting Highlands. Makanan yang disediakan di Awana Hotel Genting Highlands ni sangat tidak menghampakan. Banyak gila pilihan makanan kat sini.


Berbuka di satu tempat setinggi 3000 above sea level ni adalah satu pengalaman yang sangat berbeza dari sebelum ni. Memang terbaik makanan kat sini sampai penuh sepenuhnya perut ni la melantak makanan-makanan yang dihidangkan kat sini. Haha.

Aku cuba mencari kelainan yang ada di Awana Genting ni. Eh, ada.. Jumpa pun!! Kat sini menyediakan pelbagai jenis sup. Ayam dan daging. Kalau daging tu semua part ada. Tapi paling cepat licin, sup urat tunjang (keting lembu). Psst, si Mawardi tu siap tambah menambah lagi.

 

By the way, jangan ingat takde orang nak travel jejauh untuk buka puasa ye. Masa kitorang pergi tu, Rajawali ni full house. Ramai gila. Wow!!

Dan bagi yang particular pasal status Halal, restoran kat Awana Genting ni dah dapat sijil Halal dah pun. Don't worry and enjoy your food. Ngeee.

 

Habislah diet aku kalau hari-hari makan sedap. Hahaha. Oh ya, mesti nak tahu berapa harga buffet sekepala di Awana Hotel ni kan?

Harga Buffet Ramadan di Awana Genting

RM88 (dewasa)
RM60 (warga emas)
RM48 (kanak-kanak)

Waktu Buffet Berbuka 
6 pm - 9.30 pm


Rajawali ni bertemakan bazaar jalanan yang menghimpunkan pelbagai jenis makanan mengikut booth seperti Arab Street, Cold Kitchen, Abe Kelate Corner, Kebabs Pak Arab, Anne Gopal Sappede, Gerai Satay Osman Jelani, Ayam Percik Mat Zin, Hot Soup Pot dan banyak lagi.


Kat sini juga turut menyediakan juadah sahur untuk pengunjung. Manalah tahu ada yang merancang nak pulang ke kampung (khususnya orang Pantai Timur), bolehlah singgah sahur kejap kat Awana Genting ni alang-alang on the way tu. Hehe.

Waktu Sahur 
3 am - 5.30 am


Untuk booking, bolehlah layari :

And again, its all about FOOD.

Bilalah edisi makanan ni nak habis? Makin berisi Ramadan ni. Hahaha. Nak pulak dihidangkan dengan makanan-makanan yang sangat menyelerakan. Alahai, spoil terus diet aku. Isk, isk.

Lebih-lebih lagi bila dapat selera negeri. Pergh!! Rugilah kalau tahan selera makan tu. Haha. Itu terjadi kat aku masa buka puasa kat PALM HOTEL SEREMBAN last week.

Sago Coffee House Palm Hotel 

Tahun lepas berbuka kat sini bersama Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan tahun ni sekali lagi ke sini tapi berdua je dengan Encik H. Nampak tak camana sedapnya makanan kat sini sampai aku boleh datang dua tahun berturut-turut?


Yang dah lama tak pergi Seremban, PALM HOTEL SEREMBAN ni antara hotel yang terbaru kat Seremban. Kedudukannya yang terletak di atas PALM HOTEL SEREMBAN ni memang strategik. Sebelum buka puasa bolehlah jenjalan cuci mata dan shopping kat bawah dulu.


Yang syoknya, hotel ni 5 minit je dari rumah aku. Hahaha.Berbalik pasal buffet Ramadan kat Palm Hotel ni, aku tertarik dengan kepelbagaian minuman yang disajikan kat sini. Biasanya aku pergi makan buffet paling banyak pun dalam 4-5 jenis je. 

Tapi kat sini lebih 10 jenis air dihidangkan termasuk minuman panas seperti teh dan kopi, lai ci kang dan macam-macam lagi. ABC pun ado!! Ni payah ni tatau nak minum air mana satu. Semuanya best, semuanya sedap. Just nice!!

Sago Coffee House Palm Hotel Seremban ni dah dapat pengiktirafan HALAL dari Jakim. Tak payahlah risau dan was-was. Makanlah sampai kenyang. Burppp!


Harga pun taklah mahal mana macam buffet Ramadan kat Kulumpo tu. Harga buffet Ramadan di Palm Mall murah je. Berpatutan dan sangat berbaloi-baloi.

RM65 (dewasa)
RM32.50 (kanak-kanak/warga emas)
*dah termasuk GST tau*


Yang special kat sini of course masakan Negeri Sembilan seperti daging salai masak lomak dan lain-lain. Lagi istimewa kat sini ada mee yang sentiasa ditukar-tukar menunya mengikut hari. I think, kat sini makanan dia setimpal dengan apa yang kita bayar. Banyak dan puas hati.


Kebanyakannya dimasak sejam sebelum berbuka. Fresh dan panas gitu. Seperti satay, daging, kambing, murtabak and even western food seperti spaghetti tu pun diorang masak on time. Takdelah istilah panaskan lauk semalam kat sini sebab semuanya segar-segar belaka.

Satay
Murtabak
Kerang Rebus
Daging Lembu & Ayam (kambing kat tempat lain)
Yong Tau Foo
Ice-cream corner

Juadah makanan yang disediaakn bukan setakat kat luar, tetapi kat dalam juga. Memang banyak. Yang dalam ni kejap je dah licin. Tetiba aku rasa, banyaknya orang Nismilan makan.. Hahaha.


Seperti yang aku cakap tadi, fresh western food. Korang order, barulah diorang masak.


Ini baru sebahagian makanan tau. Banyak lagi actually. Tunjuk semua nanti berjela-jela. Memang harga RM65 tu sangat worth bila makan kat sini. Oh ya, lepas makan mestilah nak solat. Kat sini ada surau yang disediakan buat pengunjung. 

Makanan untuk berdua. Opsss!!

Buffet ramadan kat Palm Hotel Seremban ni dari
19 Jun sehingga 15 Julai saja tau!!!

Dari jam
 6.30 petang hingga 9 malam

Untuk tempahan buffet Ramadan di Palm Hotel, boleh hubungi diorang di
06 - 768 0088 (ext 3)

Assalamualaikum uol ..!!

Aku pasti ramai yang dah tak sabar nak raya. Kan? Kan? Amacam puasa? Masih penuh tak? Buat penggemar-penggemar makanan (ada ke yang tak suka makan?? Lol!), jomlah ke RESTORAN PAPERO Shah Alam. Sebut betul-betul, PA-PE-RO ...!!

Memang memula aku ingat biskut coklat tu. Haha. Tapi bila check balik, owh PAPERO. PAPERO ni sebuah restoran yang menghidangkan masakan dari timur tengah. Chef-chef dia semua import dari Syria. So kalau nak rasa yang asli punya, maila sini. Makanan dia pun boleh tahan sedap.

 Restoran Papero Shah Alam

RESTORAN PAPERO ni dah lama dah buka. Kalau tanya orang yang menetap kat Sri Petaling, confirm tahulah. Tapi cawangan yang kat Shah Alam ni baru je buka beberapa bulan lepas.

Kot-kot nak pergi malam ni ke besok ke, bolehlah. Lokasi strategik berhampiran Restoran Tupai-tupai. Senang cerita korang cari je Kondo Acapella yang berhampiran Stadium Shah Alam tu. Restoran ni kat bawah dia je.


RESTORAN PAPERO ni dikendalikan oleh company Orient Dam Sdn Bhd. Tapi kan... kalau sebut padang pasir je, mesti korang teringat kebab, nasi arab dan lain-lain kan?? Haa, janganlah samakan semua restoran. Kat RESTORAN PAPERO ni bukan setakat hidangkan masakan arab, tetapi kat sini juga terkenal dengan pizza dan sandwich. 

Haa, bukan itu je tau. Restoran ni turut menghidangkan makanan Mediterranean juga. Yang paling penting, aku tengok restoran ni bersih. Sempat juga tinjau kat  dapur dia. Puas hati wei!!

Tarikan utama dia Pizza, Sandwich dan Shawarma.

Pizza Rice
 Shawarma Chicken Meal
 Grill Chicken
Roti Fatayer (inti cheese kat dalam dia)
Yang ni aku dah lupa nama... Isk, isk..

RESTORAN PAPERO ni halal. Masa buka puasa kat sana baru-baru ni, aku tengok staff dia siap solat kat situ. Tersentuh hati aku. Yela, dalam pada sibuk melayan customer, diorang sempat curi-curi masa menghadap Tuhan.


Bagi yang malas nak drive dan cari parking (yee aku tau kat sini susah nak parking), korang tak payah pening kepala sebab RESTORAN PAPERO menyediakan khidmat delivery. Tapi di sekitar Sri Petaling dengan Shah Alam je lah. Kalau Keyell ke, Semban ke .. Toksah mengada-ngada.


Keseluruhannya, aku bagi 8/10 bintang kat restoran ni. Best dikunjungi masa bulan puasa ni. Bawalah family dan rakan taulan berbuka puasa kat sini. Lepas berbuka, boleh terus solat tarawikh kat Masjid Shah Alam. Hehehe.

RESTORAN PAPERO SHAH ALAM
Kondo Acapella, Seksyen 13, 
Shah Alam, Selangor.

Dibuka dari jam
 5.30 pm - 12 am (bulan puasa)
4 pm - 12 am (selepas raya)

RESTORAN PAPERO SRI PETALING
Sri Petaling, Kuala Lumpur

Dibuka dari jam
5.30 am - 4 am (bulan puasa)
2 pm - 2 am (selepas raya)

Untuk delivery PAPERO, sila hubungi
017 - 3113459 atau 017 - 3113150

Sexy Red Lips