Latest Posts

Showing posts with label AIRPORT. Show all posts
Showing posts with label AIRPORT. Show all posts
Trip ke Dubai atas tajaan Dubai Tourism dan Emirates Airlines baru-baru ni dimulakan dengan The Emirates Lounge KLIA. Kat sinilah kitorang berkumpul dan menikmati sarapan pagi sebelum berangkat ke Dubai. Weeeee..!! =D

Ini first time aku jejakkan kaki ke sini. Aku diberitahu tempat ni baru je diupgrade menjadi lebih cantik dan classy. Memang mewah hiasan dalamannya. I likeeee...

THE EMIRATES LOUNGE KLIA
The Emirates Lounge KLIA

Cerita pagi tu, tak pernah-pernah sesat kat KLIA .. Tetiba pagi tu tersesat gara-gara salah info. Tanya kaunter pertanyaan kat bawah tu diorang bagi wrong direction to Thai Lounge. Maybe diorang salah dengar. Nasiblah ada seorang brother ni tunjuk kat mana The Emirates Lounge. (haa nampak tak village people excited nak jejak kaki ke sini? kihkih).

THE EMIRATES LOUNGE KLIA

Sampai-sampai je disapa mesra petugas yang menjaga front door The Emirates Lounge ni. As usual, korang kenalah bagitahu details korang. Tak boleh main terjah macam tu je. Usually kalau korang naik business or first class seat, automatically layak untuk lepak di sini sementara menanti flight. And lounge ni exclusively untuk Emirates Airlines passengers only. 

 
Saya suka bahagian ni .. Hihi

Lokasi The Emirates Lounge KLIA ni terletak kat tingkat atas dan bertentangan dengan Starbucks di bangunan satelit KLIA (perlepasan antarabangsa). Kat dalam ni macam-macam kemudahan ada. Tempat makan, tempat mandi, tempat main internet dan boleh charge gadget korang kat sini juga. Yang penting selesa dan bersih. 


Makanan-makanan kat sini of course HALAL. Korang boleh makan sampai kenyang. nak refill air ke, nak tambah makanan ke .. silakan. Takde siapa halang! Malah, staff kat sini very friendly dan sedia membantu jika korang perlukan something. I really love this place sebab ia sangat privacy dan tenang. Kalau sampai awal kat KLIA, bolehlah lepak sini. Hehehe.


Disebabkan tempat ni baru je selesai diubahsuai, maka adalah bau-bau kulit kat kerusi ni. Lagi menyemarakkan mood mewah dikala berada kat sini. Hahaha. Apa-apapun, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk masuk ke sini. Dapatlah feeling-feeling orang berada kejap. 


Sementara menanti masa berlepas, korang bolehlah :

1) Lepak dan tonton TV


2) Membaca magazine dan suratkhabar


3) Main internet/print dokumen atau apa-apa sahaja berkaitan internet


4) Charge battery gadget anda


5) Minum air & makan


6) Mandi, buang air atau tukar lampin anak


Best tak tempat ni? Paling syok, boleh view kapal terbang dari sini. Nampak tak Emirates Airlines kat belakang tu (gambar bawah ni) ?  And, kalau tak silap kat sebelah sinun tu pulak runway 32 left. 

THE EMIRATES LOUNGE KLIA

And last, terima kasih Emirates Airlines dan Dubai Tourism. Tempat ni sangat-sangat ohsem. Rasa macam nak repeat sekali lagi trip Dubai. Kalau penerbangan long haul, memang aku prefer Emirates. Maybe sebab dulu selalu naik Emirates, plus boleh transit kat Dubai.

Insyallah, ada rezeki nak masuk The Emirates Lounge sekali lagi. Weeeeee... =D


Sexy Red Lips