Latest Posts

Showing posts with label CEBUPACIFICAIR. Show all posts
Showing posts with label CEBUPACIFICAIR. Show all posts
HOLIDAY IN BORACAY ISLAND | Bercakap lagi pasal Philippines, entry masih belum settle. Hari ni, saya nak bawa anda ke Pulau Boracay. Kenapa orang nak pergi sangat ke Pulau Boracay ni? 

Actually, Boracay is my wishlist for this year. Just cakap-cakap kosong dengan seorang sahabat last year plan nak ke sini. Tak sangka murah rezeki tahun ni dapat pergi. Alhamdulillah.

flight kami seawal pagi. by 8am, dah kena ada airport.

Ramai yang tanya, camana nak pergi Pulau Boracay dari Kuala Lumpur? Tiada direct flight Kuala Lumpur-Boracay. Apa yang perlu ada buat adalah, Kuala Lumpur - Manila, Manila - Caticlan, Aklan. Sampai Caticlan, naik transfer (van) to jetty, then, naik boat to the island. Then dari jetty island, naik pula tut-tut or mini lorry or kalau hotel anda sediakan kereta, that should be ok. Memang leceh. Tapi di sebalik kelecehan, terbentang lautan yang indah. Subhanallah, indah sangat.

So, first of all. as I said, naik flight from Manila to Caticlan. 


terdapat dua flight yang anda boleh naik :

Tapi kami pilih Cebu Pacific dan uniknya (unik kee??), anda kena timbang dahulu berat badan dan juga hand carry untuk dibawa ke dalam flight. 

sesi menimbang. 

dah jelas KENAPA? 

Kat Caticlan ni strict sikit. Especially bila nak balik, Caticlan-Manila. Ada passenger bawa tuna dalam tin pun kena rampas. Maybe dia ingat ikan tu tangkap sendiri dari laut kot. Tapi masa ke Caticlan, I bawa kari Brahim lepas. hehehe. 

dah sampai. hehe. =D

Baru sampai airport, belum sampai pulaunya lagi. masih jauh lagi perjalanan. 

Second, jetty transfer to Tabon Port (terpulang pd hotel anda)


Keluar je dari Airport Boracay, pihak hotel dah tunggu. 
Tapi ni bukan terus ke hotel tau. Dari sini ke Jeti.

Memang layanan 5 stars betul. masuk je bas,
 Kami diberi tuala lembap panas macam dalam flight tu. 

Dari sini ke jeti Tabon Port , ambil masa lebih kurang 20-30 minit. 

Tabon Port
inilah boat untuk ke pulau. tambangnya, dah termasuk dalam pakej yang kami ambil.
p/s: jangan tanya berapa. sebab i takde jawapan. haha

ngeee.. excited =P

dari Tabon Port ke Tambisan Boat Station adalah dalam 15-20 minutes. 

dah sampai.

digalakkan terlebih dahulu, check NEWS dan WEATHER sebelum ke sini.

dan dari Tambisan ke hotel, bergantung pada kenderaan yang hotel anda sediakan. hehehe

kebanyakannya adalah mini lori. haha. cute.

Kat Boracay ni terbahagi ke beberapa bahagian station. Setiap station tu ada jeti tersendiri untuk ke tempat-tempat menarik. Tapi macam kami ni, dahlah wrong timing, alamatnya hanya beberapa bahagian je kami dapat pergi. Takpeeee, Insyallah next time datang lagi. hehe


Mengikut Agoda, Astoria Boracay (Boracay Gold Crown Resort)   ini adalah 5 stars hotel. Tapi kalau time peak, harga hotel kat Boracay ni meningkat berkali ganda dan time peak itu jugalah, weather sangat cantik. phewww..!!

Sementara menunggu bilik kami siap...

layanan kat Astoria ni memang tiptop! 


Menarik tentang Astoria Boracay ni, dia terletak berhampiran dengan The Mall. The Mall tu bukanlah shopping complex, tetapi kawasan membeli-belah if nak beli souvenirs ke dan jalan kaki je ke Starbucks. 

bilik kami 

Dah sampai ke sini mestilah nak SPA bukan? try Mandala Spa yang telah dinobatkan sebagai "Philippines Leading Spa Resort" empat tahun berturut-turut dan beberapa award lain. 

horeyyyyy...

~bersambung~

|| terima kasih sudi baCa ||

TRAVELOGUE PHILIPPINES


Sexy Red Lips