Latest Posts

Showing posts with label ENTERTAINMENT. Show all posts
Showing posts with label ENTERTAINMENT. Show all posts
Hai .. assalamualaikum.

Ada yang belum tidur ke?? Aku macam biasa, tidur lambat menyiapkan kerja sebelum tidur. Oh by the way, ada ke sesape yang dah pergi MATTA FAIR semalam dan kelmarin? Aku?? Belum lagi. Besok last day kan dan kalau sempat aku terjah. Hehehe.

Eh, terlupa pulak. Actually nak share kempen terbaru dari Etihad Airways ni. Tetiba tadi dapat email dari Etihad. Kira ni masih fresh dari oven gittewww. View pun masih beratus lagi. So kalau korang belum tengok, jomlah tengok. Cantiknya Nicole Kidman dalam ni.. Kan?? Kan?? Hiks!

Tetiba rindu kat Etihad Airways. :(

Etihad Airways New Campaigns
"Sadonyaaaa.. Comelnya ... Ensemnya pelakon ni"

Eh, eh, eh.. tolong jangan perasan! Aku tak cakap pasal korang okay. Aku maksudkan pelakon dalam filem Ah Boys To Men 3 : Frogmen ni. Hahaha.

Agak lama juga aku tak buat filem review kan? Bukannya apa, aku busy gila dan lama gile tak tengok wayang. Mujurlah beberapa hari lepas aku sempat curi-curi masa untuk menonton filem Ah Boys To Men 3 : Frogmen ni. Ehem, pasal pelakon yang super comel tu la.. Kihkihkih. :p

Registration For Media Screening
Jangan Jelesss.. Aku Tengok Dulu K?

Meskipun dah edisi ketiga Ah Boys To Men ni (sumpah aku tak pernah tengok edisi pertama dan kedua sebelum ni), tapi Alhamdulillah, cerita ni simple dan mudah difahami. Cerita komedi aksi ni memang best gila !! Ada part lucu, ada part sedih, ada part serious. Kalau tak best, takkanlah buat pecah rekod dengan penjualan tiket sebanyak $GD2.8 juta.. $GD 2.8 JUTA OKAY!!! 


Barisan Pelakon Ah Boys To Men 3 : Frogmen

Tiga elemen yang diterapkan dalam filem ni iaitu intergriti, maruah dan semangat berpasukan. Kalau nak tahu cerita ni pasal skuad penyelam. Serius naaa bunyinya kan? Tapi nampak je serious, tapi 60% dari sedutan filem ni bakal buat korang tergelak terbahak-bahak dalam panggung.

Media Screening Dengan Pelakon Ah Boys To Men : Frogmen

Bahasa :
Cina

Sinopsis :
Filem terbitan Jack Neo ni sentiasa dinanti-nantikan penduduk seberang. Filem ni menjadi hit di Youtube pada hari terbitannya. Mula ditayangkan kat pawagam Malaysia bermula hari ni. Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. 

Cerita komedi aksi ni mengenai pengalaman sekumpulan rekruit muda di Tentera Laut di Singapura sepanjang latihan mereka dengan Unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit atau NDU). Masing-masing mempunyai dengan pe'el tersendiri. Disebabkan perangai berbeza-beza, diorang ni tak sama haluan.  Ada samseng, ada nerd, ada kaki tipu, dan lain-lain lagi. Tapi boleh ke diorang ni semua bertahan selama 40 minggu menjalani latihan keras especially 'Hell Week"?? Errrrkkk!

Pelakon-pelakon Ah Boys To Men 3 : Frogmen
Wang Wei Liang as Lobang
Joshua Tan as Ken Chow 
Maxi Lim as Wayang King
Tosh Zhang as Sarjan Alex Ong
Wasley Wong as Hei Long
Charlie Goh as Wei Ming

Mula Ditayangkan :
19 Mac 2015

AH BOYS TO MEN 3 TRAILER


Maka bermulalah misi pencarian aku untuk edisi satu dan dua. Wei, wei.. aku dah terjebak! Hahaha. Okaylah, korang tengok the latest series of Ah Boys To Men 3 : Frogmen ni hari ni dan aku nak cari edisi-edisi sebelum ni. =)

Jom Tonton Di Panggung Wayang Hari Ini !!!
(^_^)
SELUDUP antara drama terbaru di kaca televisyen korang yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon femes seperti Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya, Pekin, Syafie Naswip dan lain-lain kini menggegarkan industri seni tanah air. Semuanya sebab drama ini panassssssssss!!!


Yela, baca tajuk je, hati dah panas. Belum tengok lagi. Seludup selalu dikaitkan dengan kes-kes jenayah seperti seludup manusia, seludup barang dan lain-lain lagi. 

Drama Seludup ini mula ditayangkan pada 4 Disember di Astro Prima setiap hari Khamis jam 9.30 malam dan kalau nak best lagi, tontonlah di Astro Maya HD setiap hari Sabtu jam 6 petang. Tapi ni lambat sikit.. sebab ia bermula pada 6 Disember 2014.

Astro Maya HD (setiap hari Sabtu, 6 pm)
Astro Prima (setiap hari Khamis, 9.30 malam)

Macam aku cakap kat entri terdahulu, drama Seludup ini adalah hasil karya pelakon terkenal Jehan Miskin dan ia sarat dengan mesej mengenai senario dunia yang kini digemparkan dengan kes-kes penyeludupan haram seperti contoh yang kerap berlaku di Malaysia sekarang, penyeludupan dadah.

Drama ni tak banyak episod pun. Adalah dalam 13 episod. Yang pasti ianya bukan sahaja serius dan gaduh-gaduh (kalau scene jenayah of cosss gaduh kan??), tapi drama Seludup ini juga mempunyai elemen-elemen sweet .. kisah percintaan Pekin dan Tiz. Eh, berlakon je dalam ni. Luar tak bercinta pun!

Sinopsis Drama Seludup

P/s : Rajin-rajinlah melayari Facebook Seludup kalau nak menang hadiah best!! 


PENGUMUMAN PENTING
Ujibakat Drama Seludup dah pun berakhir dan kini sudah ada pemenang

Seludup?? Apa tu? Drama? Siapa pelakon?
Haishh, lupa lah tu. (click : SINI)

KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

DRAMA SELUDUP adalah sebuah drama online yang diarahkan oleh Jehan Miskin. Pelakon-pelakon drama ni semua hebat-hebat belaka seperti Syafie Naswip, Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Raja Ilya dan lain-lain lagi. Ia berkisarkan tentang kisah kehidupan zaman sekarang, kalau kita tengok terdapat banyak kes penyeludupan seperti seludup rokok, perdagangan manusia dan banyak lagi. Drama ni drama pendek je, hanya 13 episod dan lokasi penggambaran dijalankan di sekitar Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. *OMGGG tempat lepak masa zaman di UiTM Lendu dulu*

Ujibakat DRAMA SELUDUP #masukdramaseludup ini diadakan bagi mencari bakat-bakat baru untuk diasah dan boleh diketengahkan. Ujibakat ni mendapat sambutan hangat Sebanyak 136 diterima tetapi hanya dua orang sahaja yang dipilih. Mana taknya, hadiah yang ditawarkan bernilai sehingga RM15000, selain dapat berlakon bersama artis-artis terkenal. Termasuk dengan aku sekali join ujibakat ni. Haha.

KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP
Tahniah Mohd Andika dan Nur Afieqah

DRAMA SELUDUP ini telah dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd. Drama ni memang best sebab ia banyak aksi-aksi mendebarkan dan juga berunsurkan cinta-cintun. Cinta-cintun macamana? Haaa, yang ni korang WAJIB tengok dan nilaikan sendiri. Yang pasti drama ni bakal meletup seperti drama-drama lain kat kaca TV korang.

Ada juga yang tertanya-tanya, kenapa mereka berdua ni yang menang? Jawapannya, sebab korang tak hantar penyertaanlah!! Kan dah rugi. Kwang, kwang. =p




Peserta diadili oleh
 50 Undian LIKE | 50 Undian Juri

Kalau korang nak tahu Nur Afieqah ni berusia 20 tahun. Masih muda tapi nampak matang. Manakala, Mohd Andika ni berusia 25 tahun. Dua-dua ni memang tak menyangka akan menang. Tapi bagi aku dua-dua ni memang layak menang sebab dua-dua ni ada kebolehan dan ada rupa.

Mohd Andika
"Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya".

Ohhhh, wow sangat!! Semoga success dalam industri ni. Tahniah buat anda berdua. Yang kalah usah sedih. Tak dapat RM15k dalam realiti, dapat dalam mimpi pun okay what? Hahaha.

Akhir sekali, rajin-rajinlah terjah Facebook Seludup : Drama Seludup dan hashtag #seludup
Bulan Ramadan ni, banyak pihak yang bermurah hati menjemput para blogger dan media untuk makan FREE dan buat REVIEW. Alhamdulillah, rezeki masing-masing.

Dan beberapa hari lepas, aku berpeluang untuk memenuhi undangan buka puasa bersama Astro kat Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Wah, teruja dapat makan-makan di samping artis-artis glamour. Lapar pun terus jadi kenyang. Muahaha. Oh ya, Astro ada banyakkkkkkkkkkkkk program menarik sempena RAYA nanti. Nak tahu tak? Nak tahu tak? Homaigoshhh, excited!

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG

Antara yang hadir semasa Majlis Buka Puasa Astro 2014 ini seperti Fazura, Maya Karin, Zizan Razak, Aaron Aziz, Farid Kamil, Lisa Surihani, Sazzy Falak, Elfira Loy, Arja Lee, Azwan Ali dan ramai lagi. Majlis ini juga turut memperkenalkan program RAYA Astro untuk tahun 2014 ini.

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
Table Kami ... 

Aku sendiri pun teruja nak tahu program-program menarik sempena raya nanti. Maklumlah, asal Raya je banyak cerita menarik kat TV. Ibarat magnetlah, melekat je depan TV. Kahkah!

Tapi aku taknaklah tengok sorang-sorang. Korang pun join lah sekali. Yang bestnya program yang dinamakan sebagai 'SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG : BUKA LEMBARAN BARU' bakal memeriahkan kaca TV korang bermula dari 28 Julai sehingga 31 Ogos (sebelum tu pun dah ada untuk segmen Menjelang Syawal). Memang puas hati. Tapi of courselah, seminggu yang pertama tu cerita semua lebih hangat daripada biasa.

Antara yang wajib korang saksikan seperti Nostalgila (24 Julai/Astro First), Aaron & Zizan Raya Seram Sejuk (31 Julai/Astro Ria), Pureen Chak Chak Syawal (30 Julai/Astro Ria), Manis (30 Julai/ Astro Ria), Ketupat Rendang Keju (29 Julai/Astro Warna), Hantu Selfie (3 Ogos/Astro Ria), Meletop Raya (28 Julai/Astro Ria) dan banyak lagi. Kalau aku listkan, sampai ke sudah tak habis. 

Sekarang, mari kita tengok artis. Ada yang sempat aku ambil gambar diorang. Ada yang aku tak sempat ambil. Apa-apapun, majlis buka puasa Astro meriah gila uolssss!!!

hanis zalikha
BFF katanyaaaa...
aaron aziz
Uolsss dah beli baju raya aaron aziz Jakel belum?
Cam tertarik dengan baju dia... 
Eh, hai ... DD mana? 

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
Yang bertiga ni BUKAN RETISSSS... 
hahahaHAHAHAhahaha

Okay sambung tengok artis ..

azwan ali
baby AA.. amboi amboi amboi
family sazzy falak
comel gila anak diorang ni ...
hunny madu
Hunny Madu ..
fazley yaacob
Pssstt, jangan sampai Shakiddo nampak .. =P

DAN ramai lagi ....

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
serious je masing-masing
dina era fm
Dina yang excited
lisa surihani
"Okay macam ni lah, meh saya jelaskan"
elfira loy
"Eh, yang curi makan petang-petang tu bukan saya"
SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
"Saya kan... sayakan...."
SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
"Jemputlah datang rumah saya"
hanis zalikha
"Oh, tidak mungkin Jaguhbi mengatasi populariti saya"

Nak lagi gambar artisss??? Nahhhh!!! Tataplah puas-puas.

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG

Terima kasih sekali lagi Astro. Kenyang sangat melantak kambing. Maklumlah, tahan nafsu sepanjang berada kat London hari tu. Asyik tengok orang upload gambar kambing kat Instagram. Sekali dapat, hamek kau!!! Hahahaha.

Ini event first yang aku pergi setelah pulang dari UK. Event sebelum ni ada, tapi ampun maaf kepada siapa yang jemput. Aku tak dapat join. Jetlagged teruk gila kali ni. Ampun! Ni pun masih jetlagged lagi. Entah bila boleh pulih pun tatau. T_T

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
geng kami

Kepada korang kat luar sana tu, jangan lupa SAVE THE DATE. Banyak program menarik menanti korang. Tapi tak bermakna aku suruh korang melekat depan TV 24 jam tau. Kan Astro boleh record. Hehehe. Pagi sampai petang keluar, malam boleh tengok cerita-cerita hebat kat TV.

thank you Astro (^_^)
"Salah ke beli barang cetak rompak? Satu, murah. Dua, sama je rupanya. Tiga, untuk student kolej macam I, tu je yang mampu! Yang bestnya, semua orang buat kot. Kalau dah semua orang beli DVD cetak rompak, download movie kat Internet, mesti tak salahkan" - skrip

Heppp, siapa kata TAK SALAH?? Salah tu hoi.

Membeli barang cetak rompak adalah satu kesalahan besar tau tak? Lebih baik sertai ujibakat program TV terbaru, SELUDUP. Program TV yang bakal disiarkan tak lama lagi ni sedang mencari pelakon-pelakon baru untuk diketengahkan kepada umum. 

Hehehehe. Ops, terlupa. ASSALAMUALAIKUM SEMUA. 

Berminat nak jadi pelakon? Berlakon di samping pelakon-pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Raja Ilya dan lain-lain? Sesuatu yang vasssss... Memang dijangkakan akan meletup!

Selain dari berlakon, korang juga berpeluang memenangi wang tunai sebanyak 15 RIBU. Tak mahu ke?? Banyak tu. Fuhhhhhhhhhhhhhhhh~

Korang tak nak aku nak!!! Lalalala. =P

DRAMA SELUDUP

Ujibakat SELUDUP berlangsung dari 25 Jun hingga 3 Ogos ini. Eh, tak perlu susah payah pakai cecantik. Apa yang korang perlu buat adalah BUAT VIDEO, kemudian hantarkan ke Facebook SELUDUP : DRAMA SELUDUP.

CARA-CARA MENYERTAI UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

DRAMA SELUDUP

Undian LIKE 50 | Undian Juri 50

So EASY.. eh aku pun ada hantar penyertaan tau. Tapi sesaja je. 
Jangan pula korang gelak. Muahahaha.

Oh ya, nah .. contoh video Ujibakat DRAMA SELUDUP

bravo blogger Minda Syukri

Sebelum aku terlupa, pasti korang tertanya-tanya. Apa tu SELUDUP? Nak seludup apa? Kenapa SELUDUP? Drama terbaru? Siapa pengarah dia? BEST KE?

DRAMA SELUDUP ni diarahkan oleh Jehan Miskin. Mula ditayangkan pada hujung tahun dan akan memulakan penggambaran tak lama lagi. Drama Seludup ni mengisahkan tentang Amran (lakonan Pekin), bekerja sebagai seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata. 

Amran mempunyai seorang adik bernama Jai (lakonan Syafie Naswip) dan seorang kekasih bernama Yasmin (lakonan Tiz Zaqyah). Konflik bermula apabila Amran menghidu satu aktiviti tidak sihat di kampungnya.

Sekumpulan geng jahat melakukan aktiviti penyeludupan dengan mengupah nelayan untuk menyeludup arak, rokok dan manusia. Apakah tindakan Amran dalam menyelesaikan masalah ini? Bagaimana pergelutan antara dia dan ahli kumpulan itu? Bagaimana pula nasib Yasmin? 

Jeng, jeng, jeng ... semua jawapan ini ada di dalam DRAMA SELUDUP.

PELAKON-PELAKON DRAMA SELUDUP
PELAKON-PELAKON DRAMA SELUDUP

Dan sedikit sedutan semasa Press Conference 
DRAMA SELUDUP


Tak sabar rasanya nak menyaksikan drama terhebat ini. Aku jangkakan bakal meriuhkan kaca tv korang tidak lama lagi. Jangan lupa menyertai ujibakat DRAMA SELUDUP ni tau. 

Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari :

Facebook :

Instagram :

Good luck! Buona Fortuna!
Teruja seketika bila dapat merasai kehangatan 'demam bola' di England. Biarpun pasukan England tidaklah sehebat mana berbanding pasukan-pasukan lain tetapi semangat masyarakat kat sini terhadap World Cup meluap-luap. Well, biarpun kalah tetapi diorang tetap menyokong. Patriotik giteww!!

Lihat sahaja, di jalan, di mall, di kedai makan dan di mana sahaja pasti ada poster atau gambar mengenai World Cup 2014. Secara tak langsung, aku pun dah terjebak dengan demam bola. Mana taknya, korang boleh lihat, kalau ada perlawanan melibatkan England, pasti jalan-jalan tak ramai orang. Semua tergesa-gesa nak pulang awal, demi nak menyaksikan perlawanan yang melibatkan England.

Walau bagaimana pun, bola tetap bola. Meskipun pasukan Malaysia tak tersenarai, tetapi aku dapat saksikan kehangatan Piala Dunia 2014 ini turut menular di kalangan masyarakat Malaysia. Almost every night aku perhatikan ada yang sanggup tidur lewat demi nak menonton pasukan kesayangan mereka bertanding.

Ada yang jadi GILA bila pasukan yang mereka sokong tu kalah. 
Chill wey!!! Chill.

Tak perlu nak emosi sangat. Jom layan lagu Joe Flizzow sempena Piala Dunia 2014 ini. Lagu baru ni memang sedap dan kat dalam klip video lagu ni memang benar-benar terjadi setiap kali perlawanan bola berlangsung. 

Gila Bola ... Gila Bola ... Gila Bola

Jangan jadi GILA BOLEH? 
Tapi kalau Gila men-REPEAT klip video kat bawah ni takpe. Haha

For those yang tak pernah dengar, jom kita dengan lagu Joe Flizzow

Lagu Joe Flizzow - Gila Bola #gilabola

Football Mad Territory

Best tak lagu ni? Ada kaitan tak klip video ni dengan diri anda sebagai peminat tegar bola sepak? Nak lirik lagu  GILA BOLA NYANYIAN JOE FLIZZOW ni? Ohhhh, boleh.. Nahhh~

Lirik Lagu Gila Bola By Joe Flizzow #gilabola

#GILABOLA

Memang UMPHHHHHH !!!! Haavvv  Havvv havvvvoocccc!!! KehangataN lebih terasa di Football Mad Territory Celcom bersama Joe Flizzow

Layan bola, mimpi bola, JOM NYANYI LAGU GILA BOLA.

Last but not least, layari website Celcom SEKARANG : #gilabola


P/s: Bilalah agaknya pasukan Malaysia layak bertanding di Piala Dunia?

Walau sesedap mana masakan di sesebuah restoran itu, ia masih tak dapat menandingi masakan ibu. Masakan ibu yang tidak memerlukan bahan tanpa perasa yang banyak, cukuplah sekadar masak dengan penuh kasih sayang, ia pasti akan membuka selera makan anak-anak mereka.

Maka, sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, Planta telah melancarkan segmen Seceria Air Tangan Ibu yang dibawa secara langsung melalui segmen Wanita Hari Ini di TV3 bermula dari 11 Jun ini dan dihoskan oleh pengacara dan pelakon, Sharifah Shahirah.

Majlis Pelancaran Seceria Air Tangan Ibu

Bercakap mengenai Planta, aku tahu ramai di antara korang dah kenal dengan Planta sejak dari kecil. Makan nasi dengan planta, tabur sedikit kismis pun dah cukup mengenyangkan bukan? Aromanya, umpppphh, sedap. Walaupun tidak semua resepi kuih aku menggunakan planta, tapi ada juga resepi yang menggunakan Planta. Memang tak boleh larikan diri dari Planta. 

Begitulah juga dengan air tangan ibu. Ada yang sanggup pulang ke kampung setiap minggu walaupun terpaksa meredah berkilo-kilo meter semata-mata nak masakan ibu mereka. Nampak tak penangan air tangan seorang ibu kat situ? Marvellous!!

Pengacara majlis, Serina Chef Wan, Sheila Rusly, Sharifah Shahirah dan pengusaha online
Kuih Tart

Semperit Colour Hijau?

Apa specialnya segmen Seceria Air Tangan Ibu ini nanti? 

Melalui segmen Seceria Air Tangan Ibu ini nanti, selebriti Sharifah Shahirah akan berkongsi resepi buat kek dan biskut dengan penonton selama tujuh minggu berturut-turut. Bersama ibu, ibu mertua, suami, adik dan anak-anaknya, pelbagai jenis kuih dan kek akan dipersembahkan buat penonton. 

Setiap kek dan kuih ini akan diadunkan agar lebih ceria dan berwarna-warni. Selain tu, korang juga dapat menyaksikan keletah dan kemesraan keluarga-keluarga selebriti ini semasa membuat kuih. 

Buat kuih ni kan, memang dapat mengeratkan pertalian antara ahli keluarga. Aku tak nafikan. Kalau nak tambah hati isteri, rajin-rajinlah bantu mereka kat dapur. Isteri akan lebih terharu dan menghargai sang suami yang sanggup turun dapur. 

Masa pelancaran ini juga, kitorang dapat belajar cara-cara nak buat Red Velvet Cookies. Majlis lagi happening bila anak-anak turut serta sesi membaking ini. Actually ini tujuan sebenar kempen ini diadakan. Yela, anak-anak kat luar sana takde salahnya kalau tolong ibu kat dapur. Best tau! Hehe.

Itu dia, pakar memasak kita dah sampai
Bersemangat adik ni buat kuih
Bersama Pengerusi Unilever Malaysia

Pelbagai jenis resepi yang akan dikongsikan bersama penonton

Antaranya adalah :

Resepi Kek Marble Adiwarna

Sedapnyaaaa.. GULP!

Resepi Kek Lamington Warna dan Tart Nenas

Resepi Biskut-Biskut Raya
Resepi Kek Coklat Lava
dan banyak lagiiiiiiii yang menarik, tertarik dan sedap.

Selain tu, Planta juga mengajak korang untuk join dalam kempen 'Beramal Bersama Planta'. Melalui kempen ini, kita boleh beramal sambil buat cookies. Manalah tahu, air tangan kita ni bakal menggembirakan hati anak-anak yatim kan?

Bermula dari 16-20 Julai tahun ini, Planta menyasarkan 50 ribu biskut untuk diagihkan ke rumah anak-anak yatim. Haaa, banyak tu. Tapi tak mustahil kalau kita membantu sama dalam mencapai misi ni kan?

Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu hasilkan kuih raya melalui air tangan korang dan kemudian menghantar biskut-biskut raya korang buat itu ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih. Tarikhnya macam aku cakap tadi, 16 hingga 20 Julai ini. 

Kalau tak tahu buat kuih, tontonlah segmen Seceria Air Tangan Ibu di Wanita Hari Ini TV3. Korang dapat belajar buat kuih, sambil beramal. Tak susah mana nak buat kuih ni. Trust me. 

Untuk info lanjut, klik sini : Resepi Planta.

Hai assalamualaikum semua. 

Tetiba dua hari ni aku 'hilang' entah kemana. Hehe. Sebenarnya bukan hilang pun, aku tak berapa sihat. Migraine memanjang. Jadi bila migraine, nak menaip pun hilang mood, atau lebih jelas lagi otak blank. Mungkin tak cukup rehat. 

Eh, berceloteh panjang lebar sampai aku terlari topik. Ngee.

Baru-baru ni aku pergi Premiere Screening X-Men Days Of Future Past anjuran Nuffnang. Terima kasih Nuffnang sebab sudi menjemput Kisah Tatie. Percaya atau tak, aku sebenarnya tak suka cerita sebegini masa kecil-kecil dulu dan tak pernah nak ambil tentang  komik Marvels. Kesimpulannya, ini adalah kali pertama aku tonton cerita X-Men. Hahaha. LOL. 

So, sebelum pergi mestilah banyak persoalan? Siapa X-Men? Kenapa mamat ni ada kuku tajam, eh apa pulak makhluk biru ni? Kenapa ni, kenapa tu.. Blablabla. T_T

Tapi bila dah pertengahan cerita ni, aku dah mula suka dan faham. Owh macam ni cerita X-Men. Hehehe. Cerita yang simple dan mudah difahami. Seriously jauh dari apa yang aku jangkakan selama ni. Hehehe.

The Trailer

Sinopsis

Filem arahan Bryan Singer ini adalah antara filem yang paling ditunggu-tunggu dalam tahun ni. Aku tahu ada di antara kalian peminat tegar filem X-Men, termasuklah si blogger Budak Pacak. Walaupun pada mulanya aku ragu-ragu tentang filem ni (almaklumlah first time), tapi aku nampak kekuatan dalam filem ni. Pengarah pandai memainkan setiap babak dalam filem ini agar ia menjadi dan terpahat dalam jiwa peminat seni filem. Ada scene lawak, ada scene serious, ada scene yang kau takut nak tengok dan ada scene yang mendebarkan. FUH, cukup pakej!

Pada episod kali ini, ia lebih kepada Wolverine lakonan Hugh Jackman yang ditugaskan untuk kembali ke zaman silam untuk menghalang niat Mystique lakonan Jennifer Lawrence yang merancang untuk membunuh Bolivar Trask lakonan Peter Dinklage. Kenapa dia nak bunuh? Sebab Trask ni adalah individu yang bijak dalam mencipta Sentinel, sejenis robot yang boleh menghapuskan mutan.

Maka, banyaklah scene yang mencemaskan dan lain-lain lagi. Keseluruhannya, cerita ni best. Amat memuaskan hati. Thumbs up! Aku bagi 4.5 bintang untuk cerita ni.

Thank You Nuffnang

P/s : Siapa pergi trip MAMEE Nuffnang? Me? Aku tak dapat pergi.
okay, aku jeles. T_T
Sexy Red Lips