Latest Posts

Showing posts with label ESCAPE ROOM. Show all posts
Showing posts with label ESCAPE ROOM. Show all posts
Korang diberi masa selama 45 minit untuk melepaskan diri 
tik..tok..tik..tok.. 
masa berjalan dengan cepat 
panik, cemas .. keluar segala peluh jantan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
itulah yang korang alami apabila berada di Escape Room
suspend, cuak, nervous 

Escape Room adalah tarikan terbaru di negara ini. Berkembang dengan pesat selepas pembukaan cawangan pertama di Curve pada tahun lepas, kini mempunyai empat cawangan di sekitar Kuala Lumpur.

Terima kasih Escape Room kerana memberi peluang kat aku dan geng blogger lain untuk merasai sendiri bagaimana paniknya situasi di bilik Escape ini. Selama ni hanya dengar dari mulut orang sahaja. Perginya tak. Tapi kali ni alang-alang dah dijemput, ayuh kita TRY SEKALI. Hahaha. 

FYI, Escape Room ini adalah Malaysia's First Real Escape Game. Hebat tak hebat, itulah hakikatnya. Nak lagi hebat, korang kena try sendiri. Uji kehebatan minda korang apabila berada di bilik escape ini.

Escape Room Setiawalk

Dan yang terbaru adalah di Escape Room Setiawalk. First of all, thank you Joseph Teng. Dialah yang invite aku ke Escape Room. Susah jugaklah nak set time untuk ke Escape Room ni. Asyik full slot je. Nasib hari tu, ada juga slot. Tak fikir panjang, aku terus booked 'Crime Scene : The Homicide Unit' kat Escape Room ni. Actually nak ambil bilik lain, tapi asyik full je.. 

Tapi, sebaliknya berlaku bila Joseph bagitahu bilik ni seram. SERAM?? Alamak. Nak tukar masa dah tak boleh sebab dah inform yang lain. So, kena terima je lah.. Dupdapdupdap jantung berdegup kencang. Nervousnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ececece.


Walaupun Escape Room mempunyai empat cawangan iaitu di E@Curve, Bandar Botanic Klang, Setiawalk Mall dan Berjaya Times Square tetapi setiap cawangannya mempunyai bilik yang berbeza. Dan bilik-bilk ini juga mempunyai tahap level yang berbeza dari level terendah sampai level yang tertinggi iaitu empat. Ikut suka koranglah. Kalau rasa bijak, ambillah yang paling susah.

Tapi dalam kes aku, aku tak tahu 'Crime Scene' tu susah. Tu lah, tak siasat. Terus ambil je tanpa berfikir panjang. Hahaha.

First of all, kalau korang nak try Escape Room ni, 
silalah ke websitenya terlebih dahulu escaperoom.com.my

Then, click kat booking

Pilih mana satu yang korang nak. Nanti bila dah pilih akan keluar macam ni..


ingat .. diorang terima dalam CASH sahaja. 

Sekarang, kembali ke Escape Room Setiawalk.

ruang menunggu

Cara-caranya adalah ...
pemenang mingguan

kalau korang pilih Dungeon, inilah yang korang kena pakai

locker tempat simpan barang juga disediakan and FREE

 'Crime Scene : The Homicide Unit' @ Escape Room

Untuk Crime Scene ni, kami kena menyelesaikan kes pembunuhan. Kiranya, kami ni macam CSI lah. Masa diberikan adalah 45 minit untuk selesaikan misteri ni sebelum tuan rumah balik. Damn! Scary. Semuanya kena guna kreativiti dan minda korang. Nasiblah hari tu team kami 5 orang. Bolehlah divide kerja. Haha. Cuba bayangkan kalau dua orang sahaja. erk!

Tapi jangan bimbang. Sebab ada 2 talian hayat yang korang boleh guna. Tekan butang Bell, then pekerja Escape Room ni akan bantu dan bagi hint. Jadi gunakanlah talian hayat ni bila betul-betul desperate. 

ini throwback balik.. sebab tu bawa beg. haha
pelbagai halangan
serammmm!!!

Tapi kumpulan kami tewas pada saat akhir. Padahal clue dah ada di depan mata.
Haih.....Too bad !! 

Takpelah untuk first time, tambah pula kami nervous. Hehehe. Insyallah kami akan datang balik sebab tak puas hati dengan kekalahan kami. Escape Room memang best dan rugi kalau korang tak try. WAJIB TRY!!! I repeat WAJIB. Nak buat team building pun boleh. Tapi kena tengok timelah. Hehehe.

team kami kalah
Losers vs Winners
satu lampu bagi setiap team untuk pengembaraan dalam Escape Room

Jadi tunggu apa lagi. Ayuh ke Escape Room Setiawalk ..

Escape Room Setiawalk
Unit 2, 3 & 4, Level 3, Block K,
Setiawalk Mall, Persiaran Wawasan, 
Pusat Bandar Puchong, Selangor.

Harga Masuk Escape Room

akhir sekali, jom tengok teaser Escape Room Setiawalk Mall.

Sexy Red Lips