Latest Posts

Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts
Untuk tahun kedua, Me'nate Steakhub menjadi pilihan aku untuk berbuka puasa. Menu buka puasa yang sering membuat aku dan Encik H kecur airliur ni memang ditunggu-tunggu saban tahun. Salah satu sebab kenapa Me'nate menjadi favourite kami laki bini?? SEBAB DAGING KAMBING DIA TAK HAMIS!!! Sedap dan tak meloyakan. 

Kalau korang rasa Me'nate Steakhub ni MAHAL, sebenarnya korang silap!! Dengan harga serendah RM80 sebenarnya korang dah boleh menikmati daging yang berkualiti ini. Yummyyyy!!!

And aku taknaklah perkenalkan lagi Me'nate ni... Kot-kot korang terlepas pasal Me'nate, bolehlah baca entry lama .... : Me'nate Steakhub.

Tahun 2016 ini, Me'nate menyediakan 4 jenis menu yang semestinya bombastik!! Ewah.. Haha. Yang istimewanya, kesemua hidangan ini dihidangkan bersama nasi dan juga sos-sos yang meletup dari Me'nate ini. 

Nasi Me'nate yang over sedap!!!

And, the best thing is, semua set ni korang akan dapat FREE kurma, bubur lambut special dari Me'nate, buah-buahan dan free flow air. Wowwwwieeee...!!

Buah-buahan segar
Bubur Lambuk Me'nate

APA YANG SPECIAL DI ME'NATE RAMADAN INI?


HEAVENLY BEEF

i) Short Ribs (RM300 : 4 - 6 orang makan)


ii) Wagyu Spare Ribs (RM400 : 4 -6 orang makan)


HEAVENLY LAMB

i) Lamb Shoulder (RM350 : 4-6 orang makan)



ii) Lamb Shank (RM360 : 4 - 6 orang makan)



HEAVENLY CHICKEN

RM99 (4-6 orang makan)



GROUP STEAK

Set paling jimat semestinya group steak. Kat sini korang hanya bayar RM80 untuk seorang tetapi minimum order adalah 4 orang. So, ajaklah kengkawan korang join buka puasa sekali. 


Untuk set ni, korang boleh pilih nak daging lembu ke, kambing ke atau ayam. Memanalah. And, ia datang sekali dengan sos, salad, coleslow, mashed potato dan aglio olio. Kalau korang rasa taknak Aglio Olio, tukarlah ke nasi Me'nate. Well, semuanya best!!



APENI SEMUANYA SEDAP SANGAT??? Tak pasal-pasal naik 10kg lepas 'melantak' semua makanan Me'nate ni... Uwaaaaaaaa.....!!! 

Anyway, pergi cepat!! Promo sepanjang bulan ramadan tau. Jangan lambat!! Kang melepassssss.

KAT MANA LOKASI ME'NATE ??? 
NAH, ALAMATNYA DI BAWAH INI.

ME'NATE STEAKHUB SETAPAK
Starparc Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
T : 03-41318121


ME'NATE STEAKHUB AMPANG JAYA

No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
T/F : 03-42513460

ME'NATE STEAKHUB WANGSA MAJU
25 Jalan Delima 12,
Wangsa Link,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
T: 03-42513460

Untuk booking : 
019-3911047 / 019-4771047 / 019-2611047

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

RAMADAN DATANG LAGI ...

Mulalah sibuk nak buat checklist. Nak solat tarawikh kat mana, nak masak sahur apa, nak berbuka kat mana ... Hmmmm, belum campur list persiapan raya lagi. Sememangnya bulan Ramadan adalah bulan favourite aku. Suasana bulan Ramadan tu amat berbeza dengan bulan lain.

Tapi ada sesetengah orang menanti promosi-promosi buka puasa (ramadan buffet). Al-maklum sahajalah sana sini berlumba-lumba menyajikan hidangan terbaik. Sudah semestinya rambang mata tak tahu nak berbuka kat mana.

Mungkin korang boleh selitkan Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur dalam senarai TEMPAT-TEMPAT BUKA PUASA DI KUALA LUMPUR korang tu. Hiks. ;)

Essence at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Tahun ni hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur tampil dengan tema 'Kenduri Berbuka Puasa'. Seolah-olah berada di dalam majlis kenduri, hotel ini menyajikan lebih 300 jenis makanan pada bulan puasa nanti.

Antara pemanis mulut yang akan dihidangkan

And baru-baru ni aku sempat pergi jamah sikit beberapa makanan yang akan dihidangkan bulan ramadan nanti. Food testing aka food review gittew. So antara favourite seperti ayam panggang tempoyak dan sotong sumbat nasi dagang. 


Dengar cerita  nanti ada lauk pauk tradisional dari setiap negeri. Manalah tahu korang rindukan masakan negeri korang, so bolehlah consider untuk berbuka kat sini nanti.

Tapi jujurlah aku cakap, makanan kat sini memang sedap. Pandai chef kat sini masak. Nak resepi boleh? Hahahaha. How I wish I can eat in here everyday! Ayam Panggang Tempoyak tu memang super marvellous. Selalu jumpa masak gulai tempoyak je. Jarang nau jumpa ayam panggang tempoyak. Kan? Kan? Kan?


Berapa harga buffet Ramadan di hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur?
RM160 nett untuk seorang dewasa tetapi kalau korang book awal sebelum 31 Mei ni, dapatlah harga RM100. Early bird price.

Untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun adalah percuma dan kanak-kanak atas 4 tahun hingga 12 tahun dapat diskaun 50%. Weeeeee!!!


Selain dari makanan tradisional, diorang juga menghidangkan international delights. So adalah makanan-makanan dari negara luar.


Dengan satu harapan, lepas korang baca entry ni bolehlah belanja aku berbuka kat sini bulan Ramadan nanti. Yeay!! Hahahaha.

Roti Jala and Bubur Durian ... Yumss

Reservation Number Essence Hotel Sheraton Imperial
Untuk booking bolehlah contact mereka
03 2717 9933 atau emel : essence.venue@sheraton.com
Sejujurnya, aku tak suka bakso. Biarpun darah ada campuran Indonesia yang sangat kuat, but I don't really like bakso. Susah nak jumpa bakso yang sedap. Susah gila! Kalau ke Indonesia pun belum tentu jumpa bakso yang sedap dan power. Selalu berakhir dengan kekecewaan.

Tapi baru-baru ni aku ke Bakso Monster Shah Alam untuk try Bakso kat sini. Ura-ura mengatakan Bakso kat sini murah dan sedap. Macam biasalah aku memang kuat terpengaruh. Maka aku pujuk Encik H untuk ke sini. Heeeeeee...

Owner Bakso Monster
Restoran ni milik pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Dulunya ROA by Jovian Mandagie, kemudiannya bertukar ke Bakso Monster. Ini adalah salah satu idea Jovian yang mahukan kelainan dalam businessnya.

Bakso Monster Shah Alam

Seperti yang kita tahu, Jovian ni berdarah Indonesia. So, my expectation memang tinggi bila ke sini. Dengan harapan bila balik, perut rasa happy je. Haha.

Menu pun besar gila

Lokasi Bakso Monster
Nak cari restoran ni senang je. Kalau kaki lepak mamak, korang mesti tau Restoran Hakim kan? So dia dekat-dekat situ. Bukan dekat Pusat Komersial Seksyen 7 dan bukan dekat-dekat Jakel. Dekat belah sana berhampiran dengan tasik. Waze je lah. Senang! Hahaha.

Bakso Monster
No 1 A,
Jalan Kristal K 7/K,
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Apa yang aku suka mengenai restoran ni, walaupun menunya simple dan bersahaja, tetapi dekorasinya sangat menarik. Dalam kata lain konsep terbuka yang sangat elegan dan selesa. 


Tapi kalau pengalaman aku kat Shah Alam dulu, aku suka cari port untuk buat assignment atau group discussion. So for me, ini salah satu port menarik. And kawasan ni tak sesibuk seperti di Pusat Komersial. And as a student, makan kat sini pun dah jimat banyak.

Ruang makan

Harga Makanan di Bakso Monster

Kenapa aku cakap jimat banyak? Sebab harga bakso kat sini cuma RM9.90 sahaja. Murahkan?? Dahla bowl bersaiz besar, bakso pula gemuk ... Memang puas hati. 

Aku yang tak suka bakso ni pun terus jadi suka. Oh ya, ni halal ok!! Yes, tak semua bakso HALAL. Tapi kat Bakso Monster, semua bakso-bakso dia halal. Makanlah dengan rasa gembira. Yeay!

 Pilihan Bakso ikut suka anda
The Menu

Bukan sahaja bowl bakso besar, tetapi minuman juga. Ikut kata waiter tu, Monster Tea Tarik kat sini terbaik. So, aku pun orderlah. Memang puas hati wei. Just RM5.50.  Boleh share dua orang sebab besar sangat. Eh tapi kalau aku, memang tak dapatlah nak share dengan Encik H. Rugi!! Hahaha.

Kalau real lagi besar, boleh share 2 orang. Besar dan luas.
 
Hidangan bakso kami petang tu
Hor Fun Noodles with Clear Sup
 Glass Noodles with Sup Tulang
 Yellow Noodle with Sup Tomyam 
Monster Martabak with Ice Cream

Dalam tiga-tiga sup ni paling aku suka sup tulang. Terbaik!! Rasa nak tambah lagi tapi malu lah pula sebab nak makan tiga mangkuk. Hahaha.

Glass Noodles ... Yumsss

Lepas makan apa lagi ... dessert time!!


Mestilah aku pilih menu istimewa, iaitu Monster Martabak with Ice Cream

Monster Martabak ni bukan macam murtabak kat Malaysia ni. Dia seperti apam balik yang ditabur coklat dan kacang. Sedaplah jugak. Kena try bila ke sini ok?


Kenyang! Alhamdulillah. Terima kasih bakso kerana buat perutku happy. Hihi.

So student-student, adik-adik, makcik pakcik dan penggemar bakso, jom serbu Bakso Monster!! Gerenti puas hati. Murah dan puas hati. :)

Jangan lupa follow Facebook mereka untuk any update & promotion.
https://www.facebook.com/pages/Bakso-Monster-the-Fattest-Bakso-in-Town/
Sexy Red Lips