Latest Posts

Showing posts with label KUALA LUMPUR. Show all posts
Showing posts with label KUALA LUMPUR. Show all posts
Jika anda sukakan sesuatu yang berbeza dari yang lain, KITA GENG ..!!

Boring juga kalau asyik sama je. Haaa, sebab mahukan something yang berbeza tu la, Hotel Maison Boutique Kuala Lumpur ni tampil dengan idea yang cukup menarik.


Hotel yang luarannya biasa-biasa tetapi dalamnya luar biasa ini mempunyai empat jenis bilik iaitu executive suite, premier room, theme room dan superior room. Apa yang menarik, hotel ini sering menjadi pilihan pengunjung-pengunjung luar yang mahukan kelainan semasa bercuti di Malaysia.

Buktinya masa aku ke sini, aku dan Misz Zaila sahaja pengunjung tempatan, selebihnya mat salleh dari pelbagai negara.

Tema-tema di hotel ini semuanya berbeza-beza termasuklah bilik air yang terdapat di dalam bilik itu. Jika anda mahukan bilik simple pun ada. Pilih sahaja superior room atau executive suite. Tepukla dada, tanya selera. Selamat melancong!

Tema Bilik : Michael Jackson 

Walaupun Michael Jackson dah meninggalkan kita, tetapi auranya masih ada. Siapa kata peminat dah melupakannya? Bilik ni sentiasa fully book tau. Eh, ada peminat MJ kat sini? Ngee.. By the way, karpet kat dalam bilik ni ditempah khas untuk bilik ni tau.

 

Tema Bilik : Herbie The Love Bug

Bagaimana bahagian kereta ni boleh dibawa masuk ke bilik?? Pintu bilik kecik je. Kata orang hotel, diorang ceraikan dan pasang balik di dalam bilik. Uniknya bilik ni adalah katilnya. Tetiba nak buat bilik macam ni juga boleh? Kerat kereta Encik H dan buat jadi katil. Haha.


Tema Bilik : Atlantis 

Bilik seterusnya ini pun unik. Jika anak anda suka ikan dan sebagainya, pilihlah bilik jenis Atlantis. Bilik jenis Atlantis ini adalah dibawah kategori Premier room.


Tema Bilik : The Gotham City Batman

Peminat Batman pasti teruja menginap di sini. Bilik ni dua tingkat. Di atas ruang tidur dan bilik air manakala di bawah bilik mandi dan ruang santai.


Tema Bilik : Bond 007

Yang ni tak perlulah aku explain. Rujuk je entri semalam. By the way bilik James Bond ni kategori Executive suite dan sering menjadi pilihan company-company untuk buat photoshoot kat sini.


Tema Bilik : Marilyn Monroe

Bilik Marilyn Monroe ni sesuai untuk mereka yang nak honeymoon. Masuk-masuk je terus aku rasa sexy kerana bathtub dia terletak di luar. Haha.


 Tema Bilik : Mission to The Mars

Mission to the mars ni lebih kurang sama seperti The Gotham City. Cuma dekorasi berbeza. Dua tingkat juga, aku rasa seakan-akan di planet lain. Haha. Kata orang hotel, bilik ni belum siap sepenuhnya. Masih ada idea-idea untuk ditambahkan bagi menaikkan mood lagi pengunjung yang memilih bilik jenis ini.

 

Tema Bilik : Fairytale

The biggest room di Hotel Maison Boutique Kuala Lumpur ni adalah bilik Fairytale. Memang ala-ala fairytale sangat. Dengan plaster ceiling, dekorasi dan perabot. Bilik ni sering menjadi pilihan pengantin untuk mengadakan photoshoot dan honeymoon. By the way, kereta kuda ni boleh dijadikan katil untuk anak anda.


Bilik bawah ni tiada tema, tetapi termasuk dalam kategori executive suite. Tapi aku suka bilik ni sebab happening sangat lampu-lampu kat dalam bilik ni. And, bilik ni besar dan dilengkapi bathtub.


Bilik jenis biasa pun ada. Yang ni jauh lagi murah dari bilik-bilik yang ada tema seperti di atas. Tapi semuanya terpulang pada korang. Korang yang nak pergi bercuti. Kalau aku, aku nak stay kat semua bilik yang ada kat Hotel Maison Boutique ni. Setiap hari try 1 bilik. Hehe.


Hotel Maison Boutique
No 36 & 38, Jalan Baba, OFF Jalan Changkat Thambi Dolah,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel : 03-2145 2929
(belakang Hotel Sentral Pudu)

Coordinate :
3.139109, 101.710333

Website :
http://www.hotelmaison.com.my/

Bilik-bilik yang funky di hotel ini  seperti di bawah ini. Klik link di sebelah kanan tu ya. :)

Theme Room :
1) Euro Star - http://on.fb.me/13GBNOI
2) Arabian Nite - http://on.fb.me/16RE6kh
3) Eiffel Room - http://on.fb.me/1frhvlW
4) Space Odyssey - http://on.fb.me/15QSG8W
6) Fab Four - http://on.fb.me/14R2cj2
7) The King - http://on.fb.me/19zruUE
8) Pink Fantasy - http://on.fb.me/1bdUH7Q
Premier Room
1) Oriental Charmhttp://on.fb.me/19zrB2D
2) Atlantis - http://on.fb.me/16iNizb
Executive Suite
1) Fairy Tale -http://on.fb.me/14R2qXs
2) Love Bug - http://on.fb.me/1471QCy
3) Princess Suite - http://on.fb.me/16VqDdb
5) Time Traveller 
"Bond, James Bond" ...

Wah, wah, wah .. Tengah hangat sekarang dengan cerita terbaru James Bond, Spectre. Rasa dah berabad jugalah aku tak mengikuti cerita James Bond. Bukannya apa, nanti aku sedih. Arwah abah dulu tak pernah miss tengok James Bond. Favourite movie dia.. So bila tengok James Bond, teringat kat dia.. Isk, isk. 

Tapi dek kerana demam James Bond tengah melanda .. Apa salahnya aku ketepikan rasa sedih dan feeling-feeling Bond. Tapi bagaimana ya? Pakai costume ala-ala gadis Bond? No, no, no! Too sexy.

Tak perlu susah payah nak berseksi bagai. Datang je ke Hotel Maison Boutique Kuala Lumpur. Haa, hotel ni macam-macam tema ada. Tapi untuk hari ni, aku nak cerita pasal pengalaman aku stay di bilik bertemakan James Bond. Hiks.

Bilik bertemakan James Bond

Butik hotel yang terletak di belakang hotel Furama Bukit Bintang ni bukanlah calang-calang hotel. Nampak di luar seperti butik hotel yang lain. Tapi hakikatnya hotel ini menyimpan 1001 rahsia yang harus diterokai pengunjung yang datang ke sini. Wah, saspen je dengarkan? Haha.

Hotel Maison Boutique

Hotel ni kecil je. Bilik pun ada lebih kurang 42 buah bilik. Tetapi semuanya ohsem-ohsem belaka. Tapi kalau nak lagi ohsem menginaplah di bilik yang ada tema.

Lobi area
Bilik IT
Ruang di Lift (Lobi)

Walaupun menginap di sini selama 1 malam, seriously rasa tak puas. Sebab bilik yang aku stay tu best gila. Hahaha. Sesuatu yang berbeza dari bilik-bilik yang aku stay sebelum ni. Rugi tak pakai ala-ala gadis Bond. Kahkahkah.

Hallway
Check-in time

Sebenarnya kehadiran aku ke sini adalah untuk memenuhi undangan pihak hotel. Tapi aku tak sempat nak google lebih pasal hotel ni dek kerana kesibukan masa. Just tengok gambar lobi dan lain-lain dari internet. Masa tu rasa, mungkin lebih kurang sama macam hotel lain kot. Hurm..

Tapi, amek kau!! Bila masuk je hotel ni.. Aku terpukau gila. Dekorasi hotel ni sangat-sangat cantik. Memang korang kena pergi sendiri dan feel sendiri. Amazing!! Sumpah tak tipu. U have to feel it by yourself and i'm sure you gonna love this hotel after that.

Lebih-lebih lagi bilik yang ada tema. Bayangkan buka je pintu bilik, nampak bilik seperti bawah ni. Mau tak terpukau. Siap ada fireplace lagi. Gilalah....


Sayangnya Encik Husband takde. So, malam tu aku beromantik dengan Misz Ella je la. Hahaha. Thank you Misz Ella kerana sudi teman kita. Next time temanlah lagi. Haha.

 
Lama tak nampak telefon jenis ni. Haha

Bilik yang aku stay tu siap ada DVD James Bond lagi. Haa, amek mood lah dengan menonton cerita James Bond. Hahaha.

 

Kalau lapar, boleh order makanan. Makanan pun bertemakan James Bond. Tapi yang ni aku tak orderlah. Tak sempat. Next timelah. Insyallah. 


Kalau korang pilih bilik yang ada tema, memang lain dari yang lainlah jawabnya. Totally berbeza. Baik dari segi katil dan juga bilik air. Masa aku pergi hari tu, aku dan Misz Ella je pengunjung Melayu. Kebanyakan yang menginap kat sini adalah Mat Salleh. Feeling oversea sangat. Hihi.


Hotel ni ada restoran dan chefnya adalah Melayu. Aku sempatlah juga breakfast dan lunch kat sini. Well, not bad. Sedap. Cerita yang ni aku akan share di entry lain. Hehe.

 
Boleh pilih meal for breakfast (if breakfast kat hotel)

Sekecil-kecil hotel ni, dia ada bilik membaca dan juga gym. Woaaa. Masa aku pergi tu, ada couple mat salleh siap tido lagi kat situ. Selesa dan cozy sangat tempat dia.

 

Best kan? Rindu hotel ni. Nanti kat entry seterusnya, aku cerita pasal bilik-bilik yang ada kat hotel ni. Siapa kata takde hotel unik di Kuala Lumpur?? Tunggguuu di entry seterusnya ok?

By the way, bolehlah jenguk-jenguk website hotel ni :

Happy holiday! ~

Sexy Red Lips