Latest Posts

Showing posts with label LANGKAWI. Show all posts
Showing posts with label LANGKAWI. Show all posts
Tak cukup dengan review kamera Casio ZR-3600, hari ni aku nak share beberapa gambar yang sempat dirakamkan dengan menggunakan kamera Casio ZR-3600.

Dengan menggunakan kamera Casio ZR-3600, korang tak perlu susah payah menggunakan software di komputer untuk mengedit gambar. Kesemua gambar-gambar di bawah ini adalah original dari kamera. Takdelah istilah gambar tak clear, gambar tak cantik, gambar gelap dan sebagainya.

Thank you Casio kerana mencipta kamera yang canggih ini. I really love it! =)

Untuk entry sebelum ni, boleh baca di link di bawah ini :


Entri lepas... ramai yang merungut kapal yang kitorang naik tu mahal. Yela, sewa satu kapal je dah mencecah belas ribu untuk 3 jam setengah. Kalau naik ramai-ramai bolehlah tong-tong dengan kengkawan. Kalau naik berdua .. pitam!! Haks!



Tapi tak semua kapal NAAM ni mahal. Ada juga yang affordable. Such as Sea Falcon. Cuma Sea Falcon ni tak berapa nak privasi sangat macam Blue Dolphin tu. Naik sekali dengan orang lain. Tapi harganya jauh lagi murah dari kapal lagi satu tu.

Harga ratus-ratus je dan ikut kepala. Around RM300 ++ (seorang). Takdelah cecah ribuan seperti yang lagi satu tu. Ini kenalah try sebab pengalaman sangat berharga. 

Royal Langkawi Yacht Club

And, again .. jangan jeles uol, sekali lagi aku nak kapal mewah NAAM Langkawi ni. Tapi kali ni dengan Gaya Travel Magazines dan LADA. Woot! Woot! 



Yang lainnya, kali ni kitorang naik dari Royal Langkawi Yacht Club berhampiran dengan jeti Kuah tu. Aku baru tau ada kewujudan tempat ni. Lepas ni bolehlah lepas situ petang-petang. Hihi.
Masuk-masuk seperti biasa .. diberi cold towel sebagai penyegar diri
Penerangan tentang keselamatan ketika kecemasan
Welcome drink

Kali ni lebih santai dan sempoi. Yang mana kaki selfie tu, memang selfie sampai puas, yang mana kaki makan tu makan sampai puas, yang mana suka terjun kolam tu, bolehla terjun dari kapal ni dan mandi kat laut.. And segalanya bestlah!! *rindu*

Group photo
Captain

Sea Falcon ni ada 3 bilik tidur. Satu bilik utama dan dua bilik biasa. Pengunjung boleh guna je bilik memana yang diorang nak. Semua dah termasuk dalam pakej. Kot-kot nak breastfeed anak ke or tukar baju ke or pening mabuk laut .. bolehlah stay kat bilik ni kejap.

Bilik dia unik. Tukar-tukar warna lampu selang beberapa minit. Gayat ahkak uol ni kejap! Haha.

 

Sepanjang perlayaran, kitorang cuci mata dengan keindahan pulau-pulau kecil sekitar Langkawi. Ada sekali tu kapten berhenti kejap berhampiran dengan burung helang yang tak terbang-terbang kat Kuah tu. Yang tak pernah ke pulau lagenda ni, ini adalah mercu tanda Langkawi. Make sure singgah sini at least once in a lifetime untuk bergambar.


Makan, makan, makan sampai kenyang !!! Sedap pulak tu. Cepat je makanan habis. Ssiapalah makan paling banyak tu kan?? Hahaha. =P


Trip berakhir dengan menikmati keindahan sunset dari atas kapal. As usual, sunset yang selalu diperkatakan pelancong luar ni sebagai salah satu yang tercantik kat dunia ni memang sangat ohsemmmm!! I really enjoy tengok sunset dari atas kapal ni. I miss this moment. :(


Thank you LADA, thank you Gaya atas peluang yang tak ternilai ni. 
Next trip, ajaklah lagi. =)


Sambil-sambil tu bolehlah layan video dari NAAM ni ..



Serba salah aku nak update pasal travel time bulan pose ni. Heh! Tapi aku tau, time bulan puasa ni, ada juga yang tengah plan nak pergi holiday raya nanti. Tipulah kalau takde. 

And, aku yakin .... Ada yang tengah plan nak ke Langkawi. Angkat tangan sape nak ke Langkawi??! Hahaha. Aku? Aku dok rumah je. Hewhewhew. Well, bagi yang dah beli tiket tapi tak book hotel lagi, maybe boleh pertimbangkan untuk stay sini. Hehe.

Especially yang nak travel with family, anak ramai atau maybe nak bawa anak-anak .. Aku cadangkan Aseania Resprt & Spa Langkawi.

Aseania Resort & Spa Langkawi

Rujuk entri lepas, aku ada selitkan citer pasal trip 7 hari ke Langkawi masa awal-awal kawen dulu. Tapi that time, takdelah fokus sangat pun nak citer pasal hotel Aseania ni. Just a short entri ala-ala mukadimah gittew.

So this time, aku ke sana lagi and stay hotel sama dan amek peluang untuk citer balik pasal hotel ni. Alhamdulillah, rejeki jangan ditolak. Ada peluang lagi, kita datang lagi. Hihihi.


Lokasi Hotel Aseania ni memang strategik. Just jalan kaki je kalau nak ke Pantai Cenang. Dekat dengan tempat spa, tempat makan, tempat shopping Duty Free The Zone Langkawi dan lain-lain lagi. Semuanya senanglah. Nak pergi airport pun dekat.

Dulu, adalah juga aku tak puas hati pasal hotel ni. Tapi nampaknya after beberapa tahun, aku kembali ke sini dan tengok banyak benda dah diupgrade. Misalnya, breakfast meal. Getting better! Dan beberapa facilities lain. 

Front Desk
Kaunter Pelancongan Pun Ada


Swimming pool kat sini pernah diiktiraf sebagai swimming pool  terpanjang di Malaysia. If i'm not mistaken, masih lagi memegang title tu kot. Bagi kanak-kanak, kat sini ada mini water theme park. Siap ada wave pool dan lazy river lagi. Waaaa....!!

Kat pool ni juga ada pool bar, restoran Laguna dan lain-lain lagi. Ops, terlupa .. Ada kedai souvenir lagi. Kot tetiba terlupa nak beli souvenir kan, boleh je beli kat sini. Hehehe.


And, paling aku tertarik spa dia. Walaupun berhampiran dengan pusat-pusat spa kat Pantai Cenang ni, tapi aku rasa Sari Dewi Spa ni ada something yang unik. Korang boleh massage either kat pondok atau kat dalam. Tapi kat pondok macam lagi feel je. Hehehe.


Banyak membebel je. Bilik mana bilik? Hahaha.

Ada, ada. Alhamdulillah, kali ni dapat merasa bilik jenis apartment .. Lebih kurang suite macam tu. 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Sangat luas dan selesa. Yeay!

 
 

Besarkan? Kalau datang ramai-ramai barulah syok!! Harga hotel ni masih affordable. Kalau amek bilik besar ni pun, harganya jauh beza dengan suite kat KL. Something yang berbaloi.


Bahagian luar bilik ada beranda. Boleh lepak minum kopi sambil hirup udara segar. Syok wooo!! Hilang segala penat dan stress. Kalau dari bilik depan tu, bolehlah nampak laut sikit. Eh, macam semua bilik lak sama view dia. Hahahaha.


So, korang dah baca. Korang dah tengok. Now, decide cepat nak duduk mana. Hahaha.

Jalan-jalan Malam Hari Pun Selamat!! Hehehe

______________________________________

Terima kasih Gaya Travel Magazine & LADA 
kerana 
menaja percutian Kisah Tatie ke Langkawi.

Sexy Red Lips