Latest Posts

Showing posts with label MALAYSIA AIRLINES. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA AIRLINES. Show all posts
Baru ... sesuatu yang baru . Masih panas dari flight hangar!

Tempat duduk A330 BUSINESS MALAYSIA AIRLINES kini berwajah baru.

Excited?? Of course I am. Sesuatu yang baru. I keep waiting for this long time ago. Yang lama ni pun dah selesa apatah lagi yang baru. Kan?

Benda ni dah diumumkan sejak November tahun lepas tetapi baru kini dilancarkan. Tapi tak semua flight A330 tau. One by one. Diorang jangka by September tahun ni barulah kesemua 15 kapal terbang A330 Malaysia Airlines berwajah baru di kelas perniagaan (business class seat).

Bukan itu je, sekarang A330 Malaysia Airlines ada premium economy seat. Tempat duduknya, aku rasa lebih kurang sama saiz macam tempat duduk ekonomi biasa. Cuma ada ruang khas dan lebih privasi. Yang ni aku review laterlah. Kita fokus dengan tempat duduk business class dulu.. Heee :)

Me at A330 Business Class Launch

Kalau korang nak tau rupa business class seat A330 yang lama, boleh baca kat entry yang dulu ni :


Majlis pelancaran ni berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada hari Selasa yang lepas. Meletop habis!! Semua excited nak tahu apa yang best kat seat Business Class yang baru ni termasuklah aku. Teruja!! Heee ...

Emcee, Deborah Henry

And first flight adalah ke Sydney pada 23 Mac lepas. Ada sesiapa yang dah merasa tempat duduk Business Class yang baru ni? Kot-kot ada yang menjadi passenger pertama yang terbang ke Sydney. If yes, I just wanna say ... U ARE SO LUCKY! *mood jealous*

 Syafinaz menyanyikan lagu Opera .. sempena first flight ke Sydney

Tapi aku excitedlah nak cuba seat yang terbaru ni. Mahu taknya. Dengan lebar 20 inci dan katil empuk sepanjang 76 inci siap dengan sistem hiburan touch screen selebar 16 inci .. Fuh, hebat!! Sesungguhnya tempat duduk yang baru ni lebih flexible dan privasi berbanding yang lepas.

Cumanya dulu tempat duduk business di A330 Malaysia Airlines lagi banyak berbanding sekarang. Yang terbaru ni susunan tempat duduknya 1-2-1 dan 1-2-2 berbanding yang dulu 2-2-2.


Business Class Seat A330 Malaysia Airlines

 
Wah selesanya .. 

Alhamdulillah. Lega bila ada sesuatu yang baru di Malaysia Airlines. Biasanya yang baru inilah yang akan memberikan semangat kepada kaki jalan untuk terus terus mengembara di bumi ini. Lebih-lebih lagi bila naik Malaysia Airlines, aku selalu rasa seperti di rumah sendiri.

Rasa penat tu hilang bila cabin crew layan dengan penuh berhemah seperti kawan sendiri. So, jom terbang bersama Malaysia Airlines. :)


TERUJA ATAU TIDAK ??? Tempahlah tiket korang sekarang.. 


P/s : Harap-harap next month dapatlah merasa Business Class yang baru ni. Hiks!
Penat tak habis lagi. Baru balik dari Langkawi, dah kena pack untuk ke Terengganu. Memang letih. Kengkadang ada juga rasa nak bersara dari travel. Sometimes rasa exhausted gila. Tipulah kan kalau aku cakap, aku tak penat. I'm not superwoman hokeh. Pffft!

Tapi aku enjoy .. Especially bila naik flight reramai. Memang jauh beza bila naik sorang dan naik ramai-ramai. Nak pula dapat sebaris. Kawwww rasa??? Riuh rendah jadinya. Hahaha.

Dengan kesempatan ni, aku nak update pasal perjalanan aku ke Langkawi baru-baru ni dengan Malaysia Airlines. Thanks Gaya Travel Magazine dan LADA. Trip ke Langkawi bersempena Langkawi Laksa International Carnival (LILAC) 2015. 

MALAYSIA AIRLINES
MALAYSIA AIRLINES
MALAYSIA AIRLINES

Pergi hari Jumaat, balik hari Ahad. Nak pula waktu tu staff MAS tengah susah hati tunggu nasib. Aku tahu. Tengok riak muka diorang pun, aku dapat rasakan sekali debaran tu. U can lie to everyone but not me. I feel you. Insyallah semuanya ok and be strong. 

MALAYSIA AIRLINES

Setiap kali naik MAS, mesti aku rasa bangga. Bangga bukan sebab dapat naik Malaysia Airlines tu, tapi bangga kerana melihat logo MAS. Logo yang membawa Malaysia ke luar negara. Dengan logo itu juga, orang mengenali Malaysia. National carrierlah katakan. Hiks!

MALAYSIA AIRLINES

Detik, demi detik .. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum MAS new co amek alih. Honestly, aku sedih. Sedih sebab lepas ni panggilannya bukan lagi MAS. Mungkin logo bertukar, mungkin segalanya bertukar. Hilang kenangan dengan arwah abah. Huuuu... T_T

Malaysia Airlines System (MAS), I'm gonna miss you. 


Video khas perjalanan bersama Malaysia Airlines

Thank you Gaya Travel Magazine & LADA
*cheers*
Malam tadi, sumpah tak boleh tidur. Berperang dengan lipas terbang entah dari mana datang. Cis!!! Asamdol betul. Buat kacau je time tengah mamai-mamai nak tidur. Tak pasal-pasal kena tunggu bau Ridsect reda.

Ehhhh, hello kengkawan!!! 

Tu cerita malam tadi. Sampai sekarang mamai-mamai lagi. Eyebag? Jangan cakaplah. Dah nama tidur 4-5 jam je. Tapi bila tengok harga tiket yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines ni, terus mata jadi segar bugar. Alahai ... siyes ke ni?? Rasa tak percaya pun ada juga. Oh, man...!!!

MALAYSIA AIRLINES BUAT PROMOSI KE NI??? Murahnya!!

Harga Tiket Promo Malaysia Airlines .. Total RM2500

Selalunya kalau nak murah, either balik ikut Paris atau Amsterdam. Sebab airport tax Heathrow ni memang well-known mahal tahap gila. Tapi kali ni harga tiket dari Paris lagi mahal dari London. Aha, camana tu?? Cepatlah beli!!! Siyes murah.

Apa-apapun, rindunya London. Jom!!!

Nak info atau entri pasal London, bolehlah klik sini :

Sesuatu yang lebih istimewa menanti anda dalam penerbangan Malaysia Airlines dari 13 Disember hingga 24 Disember ini. 12 Days of Token of Love - 'Share Our Love Of Flying To Your Loved Ones.'
Sekiranya korang fly bersama insan tersayang, tak kiralah pasangan, family mahupun rakan or maybe korang ternampak seorang yang korang suka kat dalam flight tu, bolehlah hantarkan details dan mesej ke Malaysia Airlines. Nominate them now and who knows, luck diorang. Bolehlah dapat suprise Token Of Love dari Malaysia Airlines. Waaaa, sweetnya. *Melting*.
Tapi ini hanyalah untuk penerbangan antarabangsa sahaja yang depart dari Kuala Lumpur sahaja.

12 Days of Token of Love Malaysia Airlines
Isikan Borang and Submit

Ha, apa tunggu lagi? Aku tengok kemain asyik FULL je penerbangan Malaysia Airlines bulan 12 ni. Korang-korang ni semua pergi mana ha?? By the way, nak ucapkan Selamat Bercuti. Aku hujung tahun, duduk rumah saje.. Hiks!

Klik sini untuk isi borang : 12 Days Token Of Love

Jika hari tu aku dah ceritakan pengalaman naik Business Malaysia Airlines, klik sini : Business Class Seat. Hari ini aku nak bercerita mengenai tempat duduk ekonomi di Malaysia Airlines pula.

Sebenarnya banyak perbezaan di antara tempat duduk ekonomi dan tempat duduk business. Kalau ada duit lebih sedikit upgrade to First Class. Tapi tak semua flight ada tempat duduk First Class. Well, semuanya terletak pada bajet korang. Sekiranya bajet korang seperti aku, kena menabung untuk pergi travel, tempat duduk ekonomi pun dah kira beruntung. X)

I'm with you. #staystrong #flyinghigh

Untuk tempat duduk ekonomi ni, kita tak boleh expect lebih. No way boleh demand ala-ala diva. Hahaha. Seat agak sempit dan kadang-kadang akan berhadapan dengan orang yang tak faham bahasa. T_T

Such as, korang nak ke belakangkan seat, tetapi orang belakang tu tahan guna kaki dia. Tak nak bagi korang belakangkan seat korang. Masalah lain, orang di hadapan. Kemain dia kebelakangkan seat dia. Kalau boleh dia turunkan seat macam katil (seperti di business class), dah lama dia turunkan. Tak pasal-pasal korang tersepit kat dua masalah ini.

Memang kadang-kadang rasa nak bergaduh pun ada. Haha. Tapi tak boleh buat apa. Itulah nasib badan. Aku banyak kali mengalami masalah ini. Banyak sangat dugaan bila duduk di ekonomi. Privasi kurang, kengkadang orang depan berdengkur kuat, orang sebelah kentut berdentum-dentum dan lain-lain lagi. Haha.

Bukan setakat di tempat duduk ekonomi Malaysia Airlines, tetapi di syarikat airlines lain pun sama. Sobssss.. Tapi kadang-kadang bersyukurlah kalau flight yang korang naik tu tak penuh. Bolehlah minta tempat duduk di barisan seat yang kosong. KENAPA?? Yang ni nanti aku cerita kat bawah.. Zassssssssssss~

Suasana di Economy Class A380
Suasana di Economy Class B737-800

Setiap jenis flight mempunyai tempat duduk yang berbeza, makanan yang berbeza, entertainment ada yang lebih ada yang takde langsung. Bergantung pada destinasi korang nak pergi. Flight besar, adalah kelebihan dia. Flight kecil adalah kekurangannya. Tapi untuk hari ini, aku nak cerita pasal Economy Seats di Malaysia Airlines.

Seat Yang So-So

Macam aku cakap tadi, seat memang sempit. Tapi pejamkan mata sahaja. Bukan nak berkampung lelama kat flight ni pun. Paling lama pun 13 jam ke London. Tapi petua mat salleh kalau long-haul flight ni, silalah rajinkan kaki, berjalan di sekeliling kapal terbang tu. Opss, jangan lupa minum air kosong bebanyak. Hehehe.

Entertainment (TV Kecik)

Untuk entertainment, korang akan menonton di screen kecik di kerusi hadapan korang. Program Entertainment seperti di tempat duduk Business cumanya, pengisian program tu agak terhad. Eh, lagi terhad kalau jarak perjalanan pendek. Terdapat juga kapal terbang MAS B737-800 yang tiada entertainment ni. 


Makanan malam di A380 (ke London)
Minum Petang Flight B737-800 ke Bangkok

** Lain destinasi, lain makanan **

Mengenai tandas pula, korang kena pasrah. Especially bila flight penuh. Haha. Tapi jangan bimbang, cabin crew sentiasa memantau kebersihan tandas. Cuma janganlah korang ambil kesempatan mengotorkan tandas. Kesian penumpang-penumpang yang lain yang nak guna selepas itu.


Sinki

Toiletries

Agak sempit sedikit

Haaa, tadi aku ada cakap kan, 'AMBIL BARISAN SEAT KOSONG'. Kenapa ye? Ini tips untuk long-haul flight. Ke London ke, Paris ke, Amsterdam ke, mahupun Australia. Memang agak letih sebenarnya kalau 13 jam perjalanan (London), 8 jam perjalanan (Australia) atau paling kurang pun 5 jamlah, kita duduk tegak je. Rimas pun ye jugak.

Dan, beberapa tahun lepas, aku discover satu TIPS. Tu pun secara kebetulan flight tak full. Aku pula time tu skema dan hanya memerhatikan. Aku tengok, mat salleh-mat salleh ni conquer seat. Memula buat dek. Maybe diorang taknak duduk sebelah-sebelah kot.

Then, 2-3 hours later, senyap terus. Pelik, tadi riuh-rendah. Rupa-rupanya 'landing' baik punya. So, aku pun sejak dari hari tu, ikutlah jejak mereka. Hahahaha. Bagus tips. Selesa dan jimat! Tapi make surelah barisan seat tu kosong. Kengkadang kena cepat, sebab siang-siang lagi diorang dah chop.

Krooohh.. kroohhh... (pastikan tapak kaki bersih)

dan the best thing kalau naik economy, korang dapat SKYSNACK.

Biskut Mori tu favourite aku.

Skysnack ni untuk long-haul flight contohnya ke London. Yang aku tahu, kalau jarak dekat, tak dapat skysnack ni. Kira macam kalau dah lepas dinner ke, pastu lampu akan ditutup untuk tidur. Kalau lapar tengah malam, skysnack ni la jadi makanan kudapan. Faham tak? Kehkeh.

Dan bersempena HARI BERKABUNG MALAYSIA 22 OGOS BESOK, aku nak mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa MH17. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku sendiri tak dapat menerima hakikat tentang berita tentang MH17 sampai hari ini apatah lagi ahli keluarga. Sebakkan?

To Malaysia Airlines, I'm still with you. Before, Now and Forever. Be strong!

12 am - Encik H telefon.

Encik H "Tengok Awani sekarang, MH kena tembak"
Me : Tipu.. mustahil lah.. Tak percaya (aku memang susah nak percaya)

Then, aku buka Awani dan terkejut. Dua tiga kali juga menampar-nampar pipi. Betul ke? Bermimpikah? Mimpi ngeri jadi realiti? Selama ini, peristiwa ini yang paling aku takut sekali kalau naik flight. Especially bila lalu atas Afghanistan dan kawasan-kawasan sebegitu. Aku sering tanya Encik H macamana keadaan kalau pesawat kena tembak? 

Nampaknya sekarang, aku faham keadaannya. Trauma MH370 masih bersarang di hati. Walaupun aku dah acapkali naik flight, tapi sejak peristiwa MH370 hilang, aku seperti trauma. Masakan tidak, masa lalu di kawasan india, terdapat tarbulence kuat. Kecut dan mengigil.

MH17,
Aku bersimpati. Aku sedih. Aku terkedu.

Sebaik sahaja aku dapat tahu, aku seperti trauma, takut, seram, sejuk.

Ya Allah, beratnya dugaan Malaysia Airlines.
Ya Allah, tolong selamatkan Malaysia
Ya Allah, beri kekuatan pada kami 

Kenapa mesti Malaysia Airlines? Why?  Why? Why????!!
Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaa????

Mungkinkah aku terpaksa bersara dari arena blogging??
Dan mengikuti Encik H setiap kali dia bekerja? 
Mungkinkah aku terpaksa korbankan blog kesayangan?
Aku buntu.

Duit boleh cari, pasangan tidak mungkin bertukar ganti.

Ya Allah, selamatkanlah Encik H kemana sahaja dia pergi.
Aku tak sanggup kehilangannya. Sungguh!

Malaysia Airlines please be strong.
I love you so much.

Al fatihah kepada penumpang MH17

Serba sedikit mengenai MH17

Aku tidak kira, aku mahu tahu siapa dalang semua ni?
Kenapa mereka tembak MAS? 

Doa orang teraniaya selalu termakbul. Berdoalah wahai rakyat Malaysia.
Semoga persoalan mengenai MH370 dan MH17 terjawab cepat

akhir sekali,
Salam Takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17
T_T

Malaysia Airlines Business Class. Kenapa dan mengapa anda perlu bayar lebih untuk beli tiket Business. Kenapa? Ada yang cakap, tak perlu membazir, duduk economy pun okay what?! Yup, mana-mana pun okay. Ikut pilihan dan bajet anda. 

Tapi hari ni, jom kita cakap pasal Business Class Seats. Later, aku blog pasal tempat duduk Economy pula ya? Kita compare both seats. Hehehehe. Yang pasti, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.


1) Kaunter Check-In yang Efficient

Anda tidak perlu beratur panjang dan tunggu lama untuk check-in. Kaunter Check-In Malaysia Airlines untuk business class dan first class adalah berbeza dengan kaunter economy seats. Kat sini juga terdapat ruang menunggu yang boleh anda duduk. Lebih selesa dan privasi.


2) Keselesaan Tempat Duduk

Tidak mengapa bayar lebih untuk keselesaan yang berpanjangan, lebih-lebih lagi jika destinasi yang anda nak pergi tu jauh. Aku tak nafikan, memang jauh beza jika dibandingkan dengan economy. Di tempat duduk Business Class Malaysia Airlines, ia lebih lebar dan luas. Cukup selesa!

Comforter 
Luas ..

3) Cabin Crew Yang Sentiasa Lebih Prihatin

Yang ni bukan bias tau. Dah bayar lebih, layanan pun haruslah lebih. Kalau di economy semuanya terhad. Nak minta itu, nak minta ini such as kacang, aku kena fikir 2-3 kali. Takut dicop sebagai passenger yang demand. Tapi kalau duduk di Business Class, anda tak perlu takut. Mintalah sebanyak mana, diorang akan layan anda macam bos. Hikhik.


4) Makanan Chef-On-Call

Bab ni aku paling suka. Tak pernah ada rungutan terhadap makanan yang diorang serve kat Business Class seats. Untuk Chef-On-Call Malaysia Airlines, tak semua destinasi ada. Usually destinasi-destinasi jauh seperti London, europe, Australia, New Zealand, Istanbul dan Orient routes.

Paling best, ada satay kat menu tersebut. Untuk pengetahuan anda, satay Malaysia Airlines ni kerap memenangi World's Best Airlines Signature Dish by World Airlines Awards Skytrax. Haa, siapa kata Malaysia Airlines punya food tak best? Try makan satay kat sini, pasti nak lagi. *Sedapnya*

Satay by Malaysia Airlines
Satay by Malaysia Airlines

5) Toilet Yang Exclusive

Bagi sesetengah orang, toilet sering menjadi masalah especially kalau berjalan jauh. Ada yang geli nak berkongsi dengan ramai orang dan macam-macam lagi. Tapi aku bedal je, kalau dah emergency, tak kiralah toilet business ke, toilet economy ke... hentam sahajalah. Haha. Tapi itu aku, untuk orang lain, mungkin menjadi isu. Maka, jika anda di kategori penggeli, silalah bayar lebih untuk tiket business.

Malaysia Airlines Business Class Toilet
Aigner Toiletries

6) Free Toiletries

The best part kalau duduk di seat Business Class (any airlines) adalah FREE TOILETRIES. Tapi ikut seasonlah. For this time, Malaysia Airlines bagi bag TUMI dan beberapa kelengkapan lain seperti travel set Clarins dan lain-lain lagi. Jadi mudahlah korang yang travel long-haul flight. 


7) Malaysia Airlines Golden Lounge

Jika anda membeli tiket First Class atau Business Class, anda berpeluang untuk mengisi perut atau minum di  Malaysia Airlines Golden Lounge, KLIA sementara tunggu boarding. Maka, takdelah istilah buang masa or apa-apa. Actually any airlines, kalau beli First or Business Class, memang diorang akan prepare Golden Lounge untuk passengers. Memang perut akan kenyanglah kalau naik First atau Business Class seat ni.

click sini : Golden Lounge KLIA

Tapi aku survey, kebanyakan yang gemar duduk di Business Class ni adalah mat salleh. Mungkin diorang menitik beratkan keselesaan. Maybe kan? Well, ikut pada bajet kita. Ada bajet lebih bolehlah beli tiket Business, ada bajet sedikit bolehlah beli tiket economy.

Tapi aku salute kat seorang member ni. Dia sanggup saving duit untuk beli tiket business class. Katanya, untuk keselesaan dirinya ketika melancong. Tambahan lagi, dia ni kira pandai cari time tiket murah. Okayyyy jeles sangat. Terbaiklah.

Next, aku cerita pasal economy seats pula eh?! Okbai.

Sesudah Sampai Ke Destinasi

Tempahlah tiket anda sekarang, layari malaysiaairlines.com

P/s : Jangan lupa vote Airlines kegemaran korang di Passenger Choice Awards.
Click sini : PassengerChoiceAwards
Sexy Red Lips