Latest Posts

Showing posts with label PRODUCT. Show all posts
Showing posts with label PRODUCT. Show all posts
Tak cukup dengan review kamera Casio ZR-3600, hari ni aku nak share beberapa gambar yang sempat dirakamkan dengan menggunakan kamera Casio ZR-3600.

Dengan menggunakan kamera Casio ZR-3600, korang tak perlu susah payah menggunakan software di komputer untuk mengedit gambar. Kesemua gambar-gambar di bawah ini adalah original dari kamera. Takdelah istilah gambar tak clear, gambar tak cantik, gambar gelap dan sebagainya.

Thank you Casio kerana mencipta kamera yang canggih ini. I really love it! =)

Untuk entry sebelum ni, boleh baca di link di bawah ini :


Lately berkampung pula jeragat kat muka aku ni. Lebih-lebih lagi bila kerap keluar dan terdedah dengan cahaya matahari. Memang berseronoklah mereka kat muka aku ni. Aku? Terseksa nak hilangkan mereka semua. Uwaaaaa!!

Gaya hidup yang aktif menambahkan lagi jumlah jeragat di muka. Nak pergi spa? Facial? Memang idoklah. Kesuntukan masa yang teramat sangat!

Sampailah satu masa kawan aku recommend produk iSKIN Skincare dari iBeauty. Dengar cerita ramai dah mencuba produk ini dan memberi kesan yang positif. Hurmmm...


Produk iSkin dari iBeauty ini dihasilkan oleh Puan Ella Danial. Orangnya cantik menambahkan lagi minat aku untuk mencuba produk ni. Manalah tau kot-kot boleh cantik berseri-seri seperti dia. Kan? Kan? Weeeeee.... :)


Produk kecantikan ini kaya dengan bahan semulajadi seperti minyak zaitun, minyak argan, ekstrak betik dan diperkaya dengan vitamin-vitamin seperti B, Cdan E untuk melembutkan wajah dan sekaligus membuatkan wajah nampak lebih muda, cerah dan sihat. Pssst, dalam masa yang sama, kulit wajah jadi lebih halus dan mulus.

Justeru itu, sesiapa yang memiliki masalah jeragat seperti aku bolehlah mencuba produk iSkin ni. Kita usaha, dia yang menentukan. Cewah! Hahahaha.

Perkara pertama korang perlu beli, SET PERCUBAAN IBEAUTY yang berharga RM55 sahaja. Murahkan? Tapi jangan sangka produk murah tak berkesan ok.


Produk iSKIN ini telah mendapat kelulusan dari KKM dan mendapat pengiktirafan dari Global Branding Award - The Best Skincare 2015. Jadi tak perlu risau kot-kot takut nak pakai ke apa ke, jangan risau. Dah dapat cop mohor dari KKM. Gunakan tanpa rasa was-was. Hiks.

Set Percubaan iSKIN

Set ini didatangi dengan 3 benda iaitu pencuci muka yang diperbuat dari ekstrak betik, krim siang yang kaya dengan SPF50 dan krim malam yang mengandungi ekstrak mutiara. Cukup dengan 3 benda ni, maka bermulalah perang dengan jeragat di muka. Yeahhh!!

iSKIN Pencuci Muka




Cara penggunaan :
Gunakan setiap pagi dan malam.

Kelebihan :
* mengandungi vitamin C yang membantu merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan masalah kedutan.
* memudarkan binti-binti hitam 
* menegangkan serta melembapkan kulit
*melicinkan kulit
* mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
*membantu membersihkan dan memutihkan kulit.

iSKIN Krim Siang 

Cara penggunaan : 
Gunakan krim siang selepas iSKIN pencuci muka dan sebelum mengenakan make up.

Kelebihan :
* menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus
* membantu mengurangkan keradangan dan inflamasi kulit
* memperbaiki sel rosak akibat sinaran UV
* membekalkan nutrien lengkap untuk kulit
* menjaga kelembapan kulit dan menyamakan rona kulit
* membantu menyaman dan menenangkan kulit wajah yang sensitif 
* memberi kelembapan kulit agar kelihatan segar dan halus
* bertindak triple action whitening
* mengurangkan penampakan garis halus atau pori pada wajah
* melembapkan, menghaluskan dan melindungi kulit dari sinaran UV

iSKIN KRIM MALAM :

Cara penggunaan :
Gunakan setiap malam selepas basuh muka.

Kelebihan :
* membantu memudarkan parut dan jeragat pada kulit pada waktu malam
* melembapkan wajah dan membekalkan nutrien yang diperlukan wajah ketika tidur
* mengurangkan garis halus pada wajah
*menjadikan kulit wajah awet muda tanpa cela
* mematikan dan mengecutkan jerawat
* mengawal penghasilan melamin agar kulit sentiasa cerah dan sihat
* elemen mikro dalam mutiara serat dengan asid amino dan kalsium mampu merawat dan mencegah kulit dari penuaan
* membantu mencerahkan kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata.


Ramai yang dah cuba produk ini termasuklah founder iSKIN, Puan Ella Daniel. Kulit Puan Ella ni dulu tidak se-flawless seperti sekarang. Kalau tengok dulu dan sekarang, korang takkan percaya. Termasuklah aku. So, ini bukan rekaan tau jika Puan Ella sendiri menjadikan kulitnya sebagai testimonial dan Alhamdulillah menunjukkan kesan yang positif terhadap kulit mukanya.


Nak tips bagaimana hilangkan jeragat, jerawat dan parut hilang dalam masa 7 hari? Ikuti langkah-langkah seperti di bawah ini ....

Dan atas kejayaan produk ini, maka Puan Ella dengan baik hatinya mengadakan contest beg LV. Contest yang like, komen and share .. Wah, wah, wah. Ini yang aku jeles ni. Nak jugak beg LV!!! 

"Puan Ella, saya harap Puan dapat buat contest ni lagi dan hadiahnya beg CHANEL please!! Nak join, nak beg raya .. nak beg Chanel," Huahuahua.

Simple je contest ni. Bukan tipu, tipu ok! Ini betul. Bukan bermimpi atau lakonan.

Pemenang contest ini adalah Puan Shima dan dari Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut :
Website : 
Facebook : 
Instagram : 
Whatsapp :  
016 412 0900


Annyeonghaseyo ...

Korea sememangnya terkenal di kalangan mereka yang suka jaga kecantikan. Lambakan produk kecantikan yang terkenal dengan kualiti dan keberkesanan ini menjadi tarikan utama di bumi Kimci ini. Tambahan lagi wanita-wanita Korea amat menitikberatkan soal kecantikan. 

Antara yang famous adalah face mask. Kalau ke Myeongdong kat Seoul tu ... MasyaAllah, rambang mata wei. Sana sini face mask. Sampai aku blur nak beli yang mana. Last sekali angkut semua bawa balik. Muahahaha.

Daegu

Dan masa FamTrip Airasia X menjelajah Gyeongbuk Province baru-baru ni, kami sempat ke SkyLake. SkyLake ni antara brand terkenal kat Korea. 

"We believe in the power of nature and the various herbs it offers in bringing out the healthiest version of our skin. That is why we pay special attention to selecting our natural ingredients and incorporating them to serve our customers’ specific needs. Skylake’s patented production method includes 72 hours of boiling 18 main ingredients, and allowing another 90 days of maturation and fermentation period of the extracted distillate. Our products are especially loved by those who have sensitive skin or try to steer away from chemicals that most skincare brands use. We carry a wide range of products that people love regardless of age and gender." - Skylake


Tapi kunjungan ke SkyLake ni sangat bermakna sebab kami dapat mempelajari cara-cara buat face mask atau dalam bahasa lain hanbang mask (Make-Do-It-Yourself). Haaa, lepas ni kalau ada produk Tatie Skincare kat pasaran, korang tau la ia diadaptasikan dari kelas ni. Hehe.


SkyLake ni menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Lokasinya adalah di Down Town Daegu. Kalau susah sangat, cari je Dong-Seong-Ro.

Kedai SkyLake
Miss Korea pun pakai SkyLake

Apa yang best pasal kelas ni, ianya tertutup. Tapi untuk join kelas ni, korang perlu buat reservation terlebih dahulu. Tak boleh main redah je!! Minimum 4 orang untuk 1 kelas.

Call : 053-857-2380 (reservation)

Kelas di SkyLake Daegu
Wajib pakai ... untuk kebersihan
Bergambar dulu sebelum kelas bermula
Cikgu bagi penerangan

Masa kelas tu, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. 1 kumpulan 2 orang. Teamwork gitu. Kalau masker tu tak jadi, ko salahkan partner ko tu. Haha.


Kelas ni simple dan mudah difahami. Mula-mula dia akan tunjukkan video dan kemudiannya ajar satu persatu sampailah produk tu menjadi. Eh, serius lah nak datang lagi. Ketagih pula nak buat benda-benda ni. Syok pula main campur-campur bahan. Haha.


Bila dah siap semua, tibalah masa untuk proses packing pula. Tak boleh terlebih atau terkurang. Nanti rugi business. Hahaha.

Oh ya, group aku pilih Brightening Mask. Bajet nak lawan Qu Puteh la pasni. Hiks. 

Seelok-eloknya gunakan mask secepat mungkin selepas buat
Antara bahan-bahan yang digunakan
Gunalah produk kami .. Haha

Banyak ilmu yang aku dapat dari join kelas ni. And I know, kalau bersungguh-sungguh boleh join sekaki dengan si Namee Roslan terjun dalam business Kosmetik pula. Hewhew. Tapi nak buat camana, eden pemaleh..!!

Kalau korang berminat nak join, silakan.. Masyuk oi. Lagi satu, kelas ni bagus. Semua bahan semulajadi. Mujarab ok!!

Harga seperti di bawah :

Course 1 : Soup (80g) + Shampoo (100g) = 15 000 won
Course 2 : Soup (80g) + Essence Skin (40g) = 15 000 won
Course 3 : Shampoo (100g) + Essence Skin (40g) = 19 000 won
Course 4 : Hanbang Mask = 10 000 won

Additional Fee will be 9000 won per one product.

Soalan :
Boleh ke bawa balik produk yang telah dibuat tu?

Jawapan :
Boleh ... !!

Lepas kelas apa lagi .... SHOPPINGLAH!!



Lokasi & Waktu Operasi :

Headquarter (10:00 ~ 18:00)  
(145 Daehan-ri, Wachon-myeon, Gyeongsan-si, Gyeongbuk, Korea 

* Novotel Branch (11:00 ~ 20:30)
(B1, Novotel, Jungangro, Daegu) 

Terima kasih Airasia X dan Korea Tourism Organization kerana menaja trip Kisah Tatie ke Gyeongbuk Province. Kamsahamida!


Nak travel jauh ni macam-macam benda kena beli. Paling penting sekali, mestilah gadget. Handphone dah, powerbank dah, charger dah .. Alamak EARPHONE takde lagi.. Grrr..

So, google punya google, aku terjumpalah satu website ni. Yang menjual Earphone jenama Sudio. Bagi yang tak tahu, brand ni dari Sweden. Tapi tak usah bimbang, beli dari website dia pun boleh. Memang diterbangkan khas dari luar negara.

Sejarah ringkas mengenai Sudio Vasa
"The Sudio VASA has been named after King Gustaf Vasa, who lead the Swedish War of Liberation against King Christian II of Denmark during the 16th century. VASA is one of Sudio ́s premium models, to which a new generation 10,2 mm driver has been developed. The new driver is our best so far. The user is now able to hear every detail, in every instrument, in every song, giving a unique unforgettable sound experience,"

Barang dah sampai

Memang susah nak buat pilihan. Semuanya cantik-cantik belaka. Tapi masa aku pesan tu, Vasa Bla (wireless freedom) belum ada lagi. So aku pilih Vasa. Dah pilih Vasa, warna pulak jadi masalah. Rambang matalah nak pilih. Haha.

Masa order tu korang kenalah pilih juga. Kalau pengguna Iphone, kliklah Iphone. Kalau pengguna Android, kliklah android. Kalau pengguna dua-dua sekali, beli sekali dua terus. 

Jangan salah pilih

And FREE SHIPPING kalau pilih Express yang mengambil masa dalam 4-8 hari. But if nak cepat kenalah bayar RM19 untuk penghantaran menggunakan Express Gold Fedex.

Okaylah, mari kita tengok, earphone Vasa ni. 

Kandungan dalam kotak
Antara isi-isi dalam kotak

Exclusivenya earphone ni sebab ia didatangkan sekali dengan genuine leather case dan juga guarantee card. Jadi, senanglah nak detect kalau antara fake dan tiruan. Kan??

Dari segi volume, aku berpuas hati. Memang best. Dari segi ringan.. pun ringan (22 gram). Dari segi reka bentuk pun aku suka. Kesimpulannya, aku puas hatilah dengan earphone Vasa ni. Tetiba ringan je tangan nak order Vasa Bla untuk encik H. Hiks.

Bukan sahaja leather case dan guarantee card, tetapi korang juga dapat beberapa accessories lain seperti metal clip, 4 pairs of extra sleeves dan manual card.

I'm in love with my new earphone

Berapa harga Earphone Vasa ni ??

Mahal sikitlah. Tapi mahal-mahal pun setanding dengan kualitinya yang superb. Tengok pula accessories yang dia bagi. So, i think berbaloilah beli. Puas hati. Untuk pakai lama kan? Hehe.


Sudio Vasa Earphone
Housing: Composite, Aluminum
Finish: High polished metal parts
Type: 10,2 mm Dynamic Speaker
Sensitivity: 113 dB SPL @ 1 kHz
Impedance: 32 Ohm @ 1kHz
Frequency Response: 18 Hz - 23 kHz

Misalnya korang tak puas hati, diorang mengamalkan return policy. Tapi ingat tak boleh lebih dari 14 hari. Hehehehehehe. :)

Berminat tak? Bolehlah beli di laman web diorang :
http://www.sudiosweden.com/my/

Lega rasanya bila dapat tahu pasal tisu baru keluaran Kleenex. Takdelah aku susah payah sembur perfume kat tisu untuk bau wangi. Yes, aku memang menitikberatkan bau tisu sejak dari bangku sekolah lagi. Cerewet kan? Haha.

Tapi bila adanya tisu muka baru keluaran Kleenex ni, aku memang rasa lega sangat. At least, I can save my perfume and seriously I love the smell of Kleenex Power of Scent ni. Baunya sangat menyegarkan. Tisu ni sangat penting. Bukan sahaja untuk lap peluh, kadang-kadang bila lalu jalan yang terdapat bau-bau yang tak menyenangkan, tisu yang wangilah akan menyelamatkan keadaan. 

Dah banyak aku lalui masalah ni. Thanks Kleenex sebab tisu muka yang baru ni sangat-sangat membantu. Now, I'm so happy.. Yeay! Perfume save, masa save, tisu pun harum...

Thank you Kleenex
 Encik H pula yang tak sabar nak buka kotak

And baru-baru ni aku terima 2 kotak tisu dari Kleenex. Macam tau-tau aja aku memerlukan tisu di saat-saat ni. Heeee.. 2 kotak tisu ini adalah produk terbaru dari Kleenex - Rose Essential Oil dan Cherry Blossom. Buka-buka kotak je, terus semerbak bau bilikku. Memang harum sangat.


Kalau korang nak tau, dengan deria baulah seseorang berinteraksi secara langsung dengan sekeliling mereka dan mempengaruhi hidup seseorang tu. Contohnya, bau wangi. Bila aku bau wangi, automatically rasa segar tu menyerap ke dalam diri.

Cuba bau busuk, mesti malas dan rasa tak selesa je kan? And for school holidays, aku telah berjaya mempengaruhi mood anak-anak buah untuk melakukan sesuatu yang menguji kreativiti mereka dan of courselah menggunakan tisu Kleenex ni.

Diorang suka gila bau Rose Essential .. Maryam sampai cium berkali-kali

Ikutkan hati nak buat bunga ros. Tapi dek kerana mood diorang excited sangat .. So kami buatlah kad. But still ada juga elemen ros. Hahaha.


Tisu Kleenex ni walaupun dah diwarnakan dengan water colour, tetapi baunya masih ada. Mana tak teruja bebudak ni kan? Terus tanya lepas tu nak buat apa pula. 

Lap tangan dengan Kleenex

I really love this tissue. Tisu yang diperbuat dari pati minyak bunga ros dan bunga sakura ni memberikan aura positif dalam kehidupan seharianku. 

Korang juga boleh mendapatkan sampel Tisu Muka Kleenex ni dengan mengisi borang kat bawah ni :

Atau membelinya di pasaraya berhampiran dengan harga :

RM 10.30 = 4 bungkusan 74 helai
RM 14.55 = 4 bungkusan 114 helai
RM 5.35 = pek kecil untuk 4 bungkusan 46 helai



Untuk maklumat lebih detail lagi, bolehlah layari Facebook Kleenex Malaysia
https://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia/

atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark
1-800-82-1188 (hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.
Sexy Red Lips