Latest Posts

Showing posts with label PULAU REDANG. Show all posts
Showing posts with label PULAU REDANG. Show all posts
Antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, kalau korang nak bawa anak-anak pergi bercuti, aku suggest Pulau Redang. Kerana kat sini mempunyai penginapan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian. Kemudahan yang ada kat sini pun cukup. 

Kalau kat Perhentian tu, kebanyakannya chalet. Tapi ikut andalah. Lain orang, lain seleranya.

Mengenai penginapan yang ada kat Pulau Redang, salah satunya adalah Laguna Redang Island Resort. Resort bertaraf empat bintang ni bukan saja cantik malah memberikan anda percutian yang sangat menenangkan dan bermakna bagi mereka yang rindukan 'panggilan pulau'.

Laguna Redang Island Resort



Laguna Island ni juga mempunyai pantainya sendiri di Pantai Pasir Panjang. Air laut yang jernih dan kebiruan, pasirnya keputihan dan halus menambahkan lagi mood percutian bagi mereka yang berkunjung ke sini. Kalau tak nak mandi laut takpe, resort ni mempunyai kolam renang yang luas. 


Kalau nak ke sini, korang tak perlu susah-susah ke Besut. Kerana terdapat perkhidmatan feri yang disediakan oleh Laguna Redang di jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Aku tahu, letihkan nak drive jejauh? Kalau naik flight sampai Kuala Terengganu pun, just amek teksi ke jeti Syahbandar je.


Kat Pulau Redang ni ada banyak resort salah satunya Laguna lah. Dah sampai jeti di Pulau Redang, kalau malas naik je pengangkutan yang disediakan. Arghh, kalau malas!! Kalau rajin jalan kaki je wei. Dekat gila !!! Hahahahaha. (sorry, aku memang pemalas =P)

Thank you Tourism Terengganu kerana menaja kami .. Wink, wink!!

LAGUNA REDANG ISLAND RESORT

Front Desk
 
Sunrise di Pulau Redang
Food court & massage centre
Coffee House & Restaurant 
 
Pantai Laguna ... Nice kan?
 
Nak snorkeling? Diving? Jomlah meniti titi ni...
Hurm ...
Jogging ... Kahkah
Volleyball beach

Yang bawah ni special sikit sebab ia pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Hong Kong, "SUMMER HOLIDAY". Bangunan ini dibina dan dinamakan sebagai More More Tea Inn khas untuk filem ini dan sekarang dijadikan sebagai kedai souvenir.


Penat pusing-pusing, kita kembali ke bilik.  Hari tu, aku ditempatkan di bilik Deluxe Garden. Memang selesalah. Pasal tv, mereka masih menggunakan TV lama. Tapi so what? Pergi pulau untuk bercuti. Lupakan kejap gadget and blablabla. Hahaha ..

 

Setiap bilik ada balkoni. Cumanya bilik aku menghadap ke belakang. Tapi ini pun kena jaga-jaga. Sebab banyak monyet kat sini. Kahkah. Kalau bebudak sukalah. Ye dop??  Tapi jangan sesekali bagi diorang makan. Kalau tak ............. pepahamlah sendiri yo?


Line telefon pula, aku rasa bergantung pada line telefon. Aku pakai Celcom and sangat-sangat low kat sini. Member lagi sorang pakai Maxis, line full pulak. Kalau emergency sangat, kat sini ada Internet Room. Kalau nak senang lagi, pergi je lobi sebab kat sana ada free wifi. Hiks!

Internet Room
Medical Room/klinik
Khas untuk kami sempena Squidjigging Fest.. kihkih
Malam-malam ada liveband kat sini
Beach Club & Karaoke
Where and where??
Peta resort ni .. Besarkan? Boleh sesat!! Huhu

Memang aku suggest kepada mereka yang ada anak kecil tu untuk datang menginap kat sini. Tak terhad kepada aktiviti pulau je, macam-macam benda ada. Selesa satu hal, kemudahan tu penting. Bila kemudahan lengkap, mesti hati pun lega. 

Tapi semuanya terpulang pada bajet. Tepuk dada, tanya selera. Selamat Bercuti !!!

__________________________________

Thank you Tourism Terengganu & Gaya Travel Magazine .. 

Percutian Yang Menarik Di Pulau Redang | Pulau Redang Terengganu. Dah lama rasanya aku tak ke pulau. Kali terakhir Januari lepas, trip ke Krabi, rujuk sini : DESTINASI BAJET KE KRABI. Balik dari Krabi, aku sibuk dengan beberapa aktiviti blogger sampailah sekarang. 

Nasib baiklah masa Terengganu International Squid Jigging Fest 2014 tempoh hari mereka selitkan aktiviti di Pulau Redang, Terengganu. Pssssttt, dalam banyak-banyak aktiviti, ini yang paling aku excited sebenarnya. Hahaha. Lebih-lebih lagi ini kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Kesian kan? T_T

Pulau Redang pernah dinobatkan sebagai 'antara pulau tercantik di dunia' dan di kepulauan ini terdiri daripada 9 buah pulau iaitu Pulau Redang, Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling dan Pulau Pinang. Setiap pulau-pulau ini mempunyai tarikan dan keunikan yang berbeza.

Jeti Syahbandar Kuala Terengganu

Kami bertolak ke Pulau Redang dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Untuk ke Pulau Redang terdapat dua cara. Satu dari Jeti Syahbandar dan satu lagi dari Merang. Tapi bagi aku, lagi baik naik bot dari sini alang-alang dari Kuala Terengganu. Lebih kurang sama je masa perjalanan kalau tolak campur perjalanan anda ke Merang ikut darat, tunggu bot, naik bot .. blablabla dan total 1 jam 30 minit dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang

Pulau Redang, kami datang !!!
Jom Ke Pulau Redang
dalam bot
Laguna Redang B7

Sebanyak dua bot disediakan khas buat kami, Laguna Redang B7 dan Laguna Redang B9. Laguna Redang B9 agak besar dan lebih best berbanding Laguna Redang B7. Staff-staff bot Laguna semuanya friendly. Terima kasihlah kerana sudi melayan karenah kami semua. Masa pergi semua kemain excited explore bot dan bila nak balik memasing pengsan. Haha. Lumrah kehidupan gitew!!

menyibuk di 'cockpit' .. haha
Tak cukup cockpit, kita pergi bahagian belakang. Haha.

Perjalanan ke Pulau Redang dari Kuala Terengganu tak de lah lama mana pun. Sedar tak sedar, dah sampai ke destinasi. First stop kami, adalah Pulau Pinang. Eh, bukan Pulau Pinang yang famous dengan nasi kandar tu tau, tapi ni Pulau Pinang kat Pulau Redang. Hehehe. Aku diberitahu, kalau korang naik flight Berjaya Air, dia akan mendarat di landasan di Pulau Pinang ni. Berjaya Air je tau, jangan memandai korang pergi search kat Airasia or MAS, memang takkan jumpa. Dan sila-silalah jenguk laman web Berjaya Air. Terdapat direct flight dari Kuala Lumpur ke Pulau Redang (RDN). Wah, lebih mudah dan jimat masa.

dah sampai

Pulau Pinang, Redang, Terengganu

Untuk kaki snorkeling, Pulau Pinang Redang ini tempat wajib korang pergi. Kat Pulau Pinang, Redang ni kaya dengan pelbagai jenis ikan. Kata captain bot Laguna, kalau ada rezeki bolehlah lihat penyu. Sayangnya masa kami pergi tempoh hari tak terserempak pula dengan mana-mana penyu. Maybe bukan rezeki kami untuk tengok penyu berenang secara live. 

Pulau Pinang
Jeti Pulau Pinang
Aloha Redang 

Terus terang aku cakap, aku bukanlah 'beach girl'. Salah satu faktor, aku takut hitam. Tapi mana boleh tahan tengok pemandangan yang memukau hati. Phewww.. Crystal blue water, white sand beach and seriously, aku rasa seperti satu kerugian jika aku tak menikmati ciptaan Allah ni. So lupakan pasal sunburn and enjoy the beautiful nature. 

Beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa snorkeling di Pulau Pinang, Redang ini untuk tatapan korang. Hampir lemas jugaklah semasa nak cari 'lubuk ikan' ni. Berdasarkan pengalaman aku, korang kena snorkeling di bawah jambatan dan pergi ke bahagian tengah (di tempat bot turunkan penumpang). Kat situ air dalam tetapi banyak ikan. Pastikan korang tidak lebih dari kawasan yang sepatutnya. Okay? Hehehe.

Say hi to them fishy.
Cantik tak?
Smileee.. 

Banyaknyaaa ikan

Terokai hidupan di dasar laut

Jenis ikan yang paling banyak terdapat di sini

Cantik pula ikan kuning ni

pulau yang sentiasa menjadi pilihan untuk snorkeling

amboi, kemain cik kiah kita ni snorkeling. haha

Masa sememangnya sentiasa mencemburui kami. Tak puaslah snorkeling. Rasa kejap sangatlah pulak. *tak sedar-sedar lagi kulit dah terbakar*. Hahaha. Lama sangat snorkeling, sampai aku terlupa nak explore bahagian darat Pulau Pinang, Redang ni. Yang aku tahu kat sini terdapat kafe yang boleh korang singgah untuk alas perut. Okay dah ada alasan untuk datang balik ni. =P

Seterusnya, kami di bawa ke Laguna Redang Island Resort. Bot kami berhenti di bahagian belakang pulau. Eh, pulau apa ni? Takde pun orang mandi? - antara yang terlintas di fikiran aku ketika sampai di Laguna Redang Island Resort ni. But jangan sesekali judge a book by its cover, NEVER and NEVER. Sebabnya aku akan cerita kemudian.. 


Camwhore kejap

Dari sini kami dibawa ke resort dengan menaiki tram yang disediakan

Laguna Redang Island Resort


Sampai je di Laguna Redang Island Resort, kami diarahkan untuk makan tengahari terlebih dahulu. Lunch kami disediakan oleh pihak resort. Sedap tapi malangnya aku takde mood nak makan banyak. Pantai dah memanggil-manggil. Nak makan pun tak senang duduk. Haha.


Khas Untuk Peserta Candat Sotong

Opss, membazir amalan syaitan

Dan, akhirnyaaaa...
Pulau Redang, Terengganu

Ternganga sekejap masa sampai kat sini. Tu yang jadi penyebab makan tak kenyang, mandi tak basah tu. Pemandangan yang seakan-akan lukisan, cuma yang membezakan ini adalah realiti. Jika di Pulau Pinang tadi aku boleh bagi 3.5/5 stars, tetapi kat sini takde sebab untuk aku memberikan sedikit bintang. Sebab pantai ni perfect dan cantik. Wonderful.


Cantikkan? 

Breathtaking view

Kat sini juga meriah dengan aktiviti-aktivi pantai

Nak aktiviti pantai? Ayuh ke sana

Redang, aku telah jatuh cinta .. 'handsome' betul Redang ni.

Jangan tiru gaya saya, mandi dengan sunglasses. haha

Dengan Khai dan blogger dari Philippines, Edgar 

Dengan my ex-batchmate, Pete

Harga Diving di Pulau Redang
Lebih membanggakan, pulau ini pernah dijadikan sebagai tempat pengambaran filem 'SUMMER HOLIDAY', sebuah filem Hong Kong yang ditayangkan pada tahun 2000. Filem ini diarahkan oleh Jingle Ma dan dibintangi pelakon seperti Richie Ren dan Sammi Cheng. Hebat! Kalau nak tahu, kat sini terdapat kedai souvenir dan kedai ini antara salah satu tempat yang famous dalam cerita itu.


Tengok sampai habis

'rumah teh' yang kini dijadikan sebagai souvenirs shop

spot me if you can

Terima kasih Tourism Terengganu kerana memberi peluang kepada kami semua untuk menikmati keindahan Pulau Redang ni. Buat ibu bapa, next month dah start cuti sekolahkan?. Apakata rancang percutian bersama keluarga ke Pulau Redang?

Sebelum puasa ni, eloklah ke pulau. Sebab lepas raya, cuaca dah mula bertukar. Jangan lepaskan peluang tau. Waktu yang terbaik untuk ke Pulau Redang adalah bulan Mac sampai September. Tapi the best month, of course April-May. Pantai cantik, langit cantik, air pun cantik.

Alhamdulillah, tinggal satu entry sahaja lagi berkaitan Terengganu. Tak sabar nak cerita pasal Penang pula. Hehehehehe. Terima kasih kerana sudi baca blog Kisah Tatie. 
Sexy Red Lips