Latest Posts

Showing posts with label SEOUL. Show all posts
Showing posts with label SEOUL. Show all posts
Nak cerita ke tak nak .. Nak bagitau ke tak nak .. Haha.

Jom kita kembali ke Korea balik. Ada benda aku tak story lagi. Lul!

Kesahnya masa kat Korea tempoh hari, aku sempatlah pergi Jongmyo Shrine. Ini satu-satunya bangunan yang aku masuk masa kat Seoul. Itu pun lepas aku blur tatau nak pergi mana. Haha.

KISAH TATIE
Nak masuk ke tak nak .. dekat 10 minit nak decide.

Then, nak dijadikan cerita, hari tu pula wajib masuk dengan tour guide (guided tour group). Tapi freelah. Termasuk sekali dalam tiket. Only weekend je boleh bebas tanpa tour guide. Tour guide pula ada dalam pelbagai bahasa dan selang 15-20 minit.

Aku dah termiss yang bahasa Inggeris. Nak tunggu lagi satu jam. Aiyooo..!!


Ishhhh, tak sangguplah. Maka, aku pun decide join je yang seterusnya tu. Nak tau bahasa apa tak? Bahasa Mandarin!!! Kahkahkah. Memang satu patah pun aku tak paham. Mujurlah ada signboard dan info. So bolehlah baca dan paham sikit-sikit.

Tapi sepanjang kat dalam ni aku senyap. Dia cakap aku angguk. Kihkih.

Pilihlah mana satu korang nak
Inilah tour guide hari tu

Jongmyo Shrine ni adalah salah satu tapak Unesco kat Seoul yang dulunya tempat sembahyang raja-raja di seluruh Dinasti Joseon. Tapi aku miss event Korean  Royal Palace Culture Festival yang berlangsung setiap Ahad pertama di bulan May. Walhal masa tu kat sana lagi. T_T


Walaupun aku rasa macam sedikit persamaan (mungkin sama) dengan budaya masyarakat Cina kat China dari segi dinasti, tapi aku rasa budaya diorang ni cukup unik. Alah, takyah flashback zaman dulu. Tengok je sekarang. Memang lain dari yang lainlah.

Dari muka diorang, dari segi dialek diorang, dari segi percakapan diorang, kita boleh agak orang tu orang Korea. Hihihihi.


Cara-cara nak ke Jongmyo Shrine? 

Aku ke sini dengan bas sight-seeing. Tapi kalau korang nak naik subway, ada dua cara :

Turun kat stesen Jongno-3 (sam)-ga (line 1) dan exit nombor 11. Then jalan kaki selama 10 minit dari stesen.

atau

Turun di stesen Jongno-3 (sam)-ga (line 3 dan 5) dan exit no 8. Then jalan kaki selama 10 minit dari stesen.


Harga Tiket Masuk Jongmyo Shrine :
1000 South Korean Won (RM3.40)


Tapi , tapi , tapi FREE sekiranya :

Pssst, tutup setiap hari Selasa !!! Have fun!

Terbang jauh ke Korea ekceli demi memenuhi undangan dari Oneday Hanbok. Since February diorang email, tapi bulan May barulah berkesempatan untuk ke sana.

One Day Hanbok ni salah satu company yang menyewakan pakaian tradisional masyarakat Korea. Kalau nak feeling-feeling gadis atau jejaka Korea, wajibla sewa pakaian ni untuk sehari. Pusing-pusing bandar Seoul dengan baju ni. Ada bran?? Hahaha.


Tapi malang tak berbau, aku sesat masa on the way ke sini. Muahaha. Entahlah wei. Maybe sebab jalan sengsorang, kepala pun tingtong. Lebih-lebih lagi masa tu rushing gila. Banyaklah nak kena fikir. Cait, alasan! Hahahaha.

Lokasi Oneday Hanbok ni kat Stesen Euljiro 4-ga (line no 2/green & line no 5/purple). Senang citer, sampai je stesen tu tanyalah orang. Kalau susah sangat kat website dia ada youtube dan siap tunjuk cara-cara nak ke kedai tu. Atau malas sangat, bila dah sampai tu carilah jalan menuju ke exit no 7 dan nanti nampaklah kedai Oneday Hanbok ni.

Antara Momen Manis Bersama Pakaian Dari Oneday Hanbok

Harga sewa baju tradisional Korea ni bolehlah tahan. Kalau mereka yang suka cipta kenangan manis, why not sewa baju. At least sekali dalam seumur hidup merasai sendiri pengalaman jadi orang Korea. Hahaha. Kalau tak, bila lagi nak try? Kan? =P

Harga Sewa Baju Tradisional Korea

Rental Fare :
4500 won/hour (minimum 2 hours)

Promotion Fare :
13000 won (4 hours)
26000 won (1 day/24 hours)

Deposit :
Copy of ID Card + 80000 won
or
Deposit ID Card + 30000 won

Baju-Baju Dijaga Rapi

Memula aku ingat sepesen je pattern baju tradisional Korea ni. Sekali bila sampai, terus rambang mata nak pilih. Semua cantik. Terdapat variasi warna dan pattern yang berkonsep tradisional. Aku adalah tanya, tang bila diorang ni pakai baju ni? Tuan kedai cakap masa ada perayaan atau wedding.


Itu baru baju wanita dan sebahagian sahaja. Ada banyak lagi pilihan dari segi corak dan warna. Tapi yang last tu aku suka. Nampak macam classic sangat kain dia. Hiks! Bawah ni pula baju lelaki.


Baju lelaki tak banyak pattern sangat macam baju perempuan. Tapi tetap cantik dengan corak bunga-bunga. Aku rasa kalau baju Melayu ada bunga-bunga camni, konpem kena reject awal. Haha.


Pelanggan juga boleh sewa accessories rambut dan clutch bagi melengkapkan lagi gaya persis wanita Korea. Yang lelaki jangan ngade, korang tak memerlukan accessories ni okay. Hewhew.


Nak tengok hasil Kisah Tatie bergaya dengan baju tradisional Korea?
*tutup mata .. lariiiiiiiii*

Annyeonghaseyo
Juhneun Tatie-yiehyo.

Sayangnya, hari tu aku terlalu sibuk nak kejar masa. Bukan tak nak pakai pergi jenjalan sekitar Korea, takut nanti terbawa balik pula baju ni ke Malaysia. Hahaha. Sorry Oneday Hanbok. Anyway, dapat try baju ni pun dah rasa happy. Thanks for the invitation.

Teddy Bear Kecik Ni Pun Ada Jual

Kedai ni dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

atau terus email diorang kalau nak book or order :
onedayhb@naver.com

Facebook


{ Thank you Oneday Hanbok }

Aku memang suka buat keputusan mendadak. Kalau rasa nak makan kepsi, time tu juga sanggup hidupkan enjin kereta dan terus ke kepsi walaupun time dah 9.40 malam. Peduli apa walaupun kepsi dah nak tutup. Nak jugak! Nak jugak! Haha.

Sama juga dengan travel. Last minute decision biasanya lagi best. Haha. Cuma yang tak best adalah risiko. Entah betul ke tak apa yang aku buat ni. T_T

The worst adalah masa kat Korea. Memula ingatkan nak pusing mall. Dari satu mall ke satu mall. Tapi aku tersampai awal. Ada lagi 2 jam sebelum mall buka. Fengsaaannnn ahkak ko ni. Tetiba ternampak Seoul Sightseeing Bus Tour bertentangan dengan Doota.


Tanpa pikir panjang, aku pun beli tiket dia. Kalau tak silap around 12k won macam tu. Convert adalah dalam 40 hengget ++. Confident je naik tanpa tau apa akan terjadi nanti. Hewhew.


Memula syokla. Rasa macam nak je duduk lama pusing satu round dulu. Then baru hop-on hop-off. As usual la kan. Tapi tak diduga, jalan banyak tutup hari tu akibat demonstrasi. Gosh!! Only a few stops je yang boleh turunkan penumpang.

Tapi kebanyakan jalan yang ditutup semuanya tourist attraction. Camana nak nak lalu?? Rasa nak nangis ahkak ko ni. Kalau boleh refund tiket tu, Alhamdulillah. Masalahnya tak boleh. 

Pasrah jelah. T_T



Sana sini bas polis. Haa, kau!! Dasyat dia sampai polis kat sini angkut pasukan dia dengan bas. Bukan satu dua bas, tapi banyak gila. Dalam satu kawasan adalah dalam 3-4 bas. Cuak pula aku jalan sengsorang time tu. Gulp!


Bas Seoul Sightseeing Tour ni ada berbumbung dan tak berbumbung. Of courselah double decker bus. Tapi aku tak recommendla pergi masa panas. Aku naik hari tu pun peluh jantan mencurah-curah. Panas hoi. No wonder group dari China siap berpayung bagai. 

Nak Info Pasal Sesuatu Tempat, Kenalah Pakai Ni

Pesanan aku, tak kiralah korang naik abs ni ke tube ke subway ke.. blabla ke ... Kena alert dengan persekitaran dulu sebelum keluar. Kengkadang benda ni la buat transport tu delay and cancel last minute. Dengan traffic jam yang gila lagi.

Ini bukan kali pertama aku hadap benda ni. Sebelum ni kat Paris, Jakarta, India and sekarang Korea. Kawwww rasa?? Hazab dek non!! Hahaha

Balik tu, tengok news kat TV... Umak ai...


Sexy Red Lips