Latest Posts

Showing posts with label SYDNEY. Show all posts
Showing posts with label SYDNEY. Show all posts
Masih ingat trip Kisah Tatie ke Sydney tahun lepas? Aku hampir-hampir terlupa dengan review hotel Rydges Sydney Central Hotel. Nasib ada yang bertanyakan tentang penginapan di Sydney. Mekacih!

Jalan-Jalan Di Sekitar Hotel

Rydges Sydney Central Hotel ni agak mahal sikit harganya tetapi lokasinya amat menyenangkan. Untuk pengetahuan korang, Rydges ni mempunyai beberapa rangkaian hotel di Australia dan New Zealand seperti Rydges Sydney Central, Rydges Capital Hill Canberra, Rydges Auckland Hotel, Rydges South Bank Brisbane dan banyak lagi. Adalah lebih kurang 20 cawangan di serata New Zealand dan Australia, serta satu di London. 

Tapi hari ni aku nak highlightkan Rydges Sydney Central Hotel yang terletak di Albion Street Sydney. Lokasi hotel ni sangat mudah untuk diaccess. Korang boleh berjalan kaki je ke Darling Harbour dan ia juga berdekatan dengan Chinatown Sydney. Dah alang-alang dekat dengan Chinatown, haruslah dekat dengan Sydney Paddy's Market. Hehehe.

Via Agoda

Menginap di sini selama dua malam adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Bagi muslim, Rydges Sydney Central Hotel ni berdekatan dengan restoran-restoran halal. Just jalan kaki je. 

Lobby Hotel
Ruang Menunggu Di Lobby
Eh, ni ikan betul tau.. Hidup!

Apa yang penting pada zaman sekarang adalah WIFI. Hotel ni mempunyai free wifi di setiap bilik. Takdelah macam sesetengah hotel. Kita bayar mahal-mahal, wifi pula tak free. Berlainan dengan Rydges Sydney Central Hotel wifi di setiap bilik free dan laju. Itu yang aku suka. Yeay!

Hallway

JENIS BILIK :DELUXE ROOM

Bilik yang luas, dekorasi bilik yang simple dan moden. Bilik aku bertentangan dengan pejabat. So, tak dapatlah lihat view menarik di hotel ni. T_T


Rydges Sydney Central was a finalist in the 2014 TAA Tourism Accommodation Austalia Awards for Excellence. Nominated for two categories: 
Sydney Superior Accommodation Hotel of the Year
Pemandangan Luar Bilik

Kalau korang ke Sydney, marilah menginap di Rydges Sydney Central Hotel ni. Dari 10 bintang, aku bagi 7 bintang kat hotel ni. Selamat melancong!
Sydney, dikategorikan sebagai 'the most expensive city in Australia'. Biarpun mahal, orang tetap nak pergi. Sebut Sydney mesti teringat Opera House kan? Hehehe. Sebenarnya banyak cara untuk berjimat di Sydney ni. Tu nanti aku cerita. Tapi apa yang penting, kenalah tahu tempat-tempat menarik di Sydney.

Kalau ke Sydney Tak Sah Kalau Tak ....

Tengok Sunset di Circullar Quay
Naik Ferry 
Pergi Hard Rock Cafe (bagi aku lah)

Tu tiga kena buat kalau ke Sydney. Selebihnya adalah 10 tempat wajib pergi kalau ke Sydney. Omputeh cakap, 'Top 10 Tourist Attractions In Sydney'. Kalau tempat yang korang nak pergi tu takde dalam list, jangan marah tau. Pergilah. Maybe boleh suggest kat aku. 


TOP 10 TOURIST ATTRACTIONS IN SYDNEY


1) Opera House

Apa gunanya ke Sydney jika tidak ke Opera House? Inilah mercu tanda Sydney.


2) Harbour Bridge

Nombor dua mercu tanda Sydney. Kalau berani dan tak gayat bolehlah cuba panjat jambatan ni 'Bridgeclimb'. Aku awal-awal dah surrender. Takut! Jambatan ni kalau malam meriah dengan lampu. 


3) Manly Beach

Best!! Seronok!! Terletak 7km dari bandar Sydney. Korang perlu naik feri dari Circullar Quay. Kat sini terkenal dengan penguin. Kalau luck, dapatlah tengok. Kalau give up, tengok je kat Sealife Sanctuary yang ada kat Manly Beach ni. Haha. Oh ya, the best thing kat sini adalah Scenic Walkaway.


4) Bondi Beach

Famouskan pantai ni. Masa touch down Sydney, inilah tempat pertama yang aku pergi. Ombak dia lagi ganas dari Manly Beach dan sebab itulah ia jadi famous dengan aktiviti surfing. 


5) Blue Mountains

To die for. Kalau korang cintakan alam sekitar, dahagakan panorama cantik, bolehla ke sini. Ada dua cara untuk ke sini, satu amek pakej dan satu lagi pergi sendiri naik train ke bandar Katoomba which is lagi jimat. Nak drive pun boleh (50 minit dari bandar Sydney).



6) Royal Botanic Garden

Berdekatan dengan Opera House, tempat ni cantik bila musim bunga. Berkeluasan 30 hektar dan korang bolehlah naik Choo Choo Express yang beroperasi setiap 30 minit untuk mengelilingi Royal Botanic Garden ni. Kat sini juga ada Goverment House yang dibuka jam 10am - 4pm, Mrs Macquarie's Chair, Cadi Jam Ora, The Wollemi Pine, The Sydney Tropical Centre dan lain-lain lagi.


7) Paddy's Market

The best place to buy Sydney Souvenirs. Memang murah! Sangat murah. Berdekatan dengan sini juga ada beberapa buah restoran halal.


8) The Rock

Tapak penempatan pertama penduduk Eropah di Australia sekitar tahun 1788. Bangunan-bangunan di sini menggunakan batu 'local sandstone' dan masih kukuh sehingga kini.


9) Sydney Tower

Bangunan tertinggi di Sydney. Di bawahnya adalah shopping mall Westfield. Diilhamkan oleh Donald Crone dengan kos pembinaan sebanyak 36 million. Aku suggest korang pergi skywalk kat atas ni. Best!


Harga Tiket Masuk Sydney Tower :


10) Darling Harbour

Kat sini ada beberapa tarikan seperti Maritime Museum, Starcity Casino, Chinese Garden, Jambatan Pyrmont dan tarikan-tarikan lain under Merlin Entertainments (syarikat sama mengendalikan Legoland dan tourist attraction di United Kingdom). Tak perlu pergi jauh, kat sini juga ada Wildlife Sydney Zoo, Madame Tussaud, Sealife dan beberapa tarikan lain. Kat sini juga letaknya Hard Rock Cafe Sydney.

Untuk pergi Whale Watching, korang perlu naik feri dari sini.  Kat sini ada satu gerai makanan halal (kebab).


Pemergian aku ke Sydney beberapa hari lepas memangla satu jangka masa yang amat pendek. Kalau tak disusun masa dengan sebaik-baiknya, mungkin hanya 2-3 tempat je yang aku sempat pergi. Today aku nak bagi sedikit tips mengenai Sydney. Ada sesiapa yang tengah plan nak ke Sydney? Mungkin ini boleh membantu... :)

Me at Opera House

BEST KE SYDNEY?

Jawapannya ... best!! Tapi kos kat sini agak mahal berbanding tempat-tempat lain kat Australia. Makan, transport and blablabla. Mengigil-ngigil nak membayarnya! Lagi mahal dari London hokeyy!!! (Sydney termasuk antara bandar paling mahal di dunia, huh padanlah)

Sydney ni sesuai untuk pelancongan keluarga. Kat sini ada banyak zoo (Sydney Zoo, Taronga & Featherdale Wildlife Park). Selain tu ada beberapa tarikan lain seperti Madame Tussauds, Sealife, Luna Park & Etc.

Ada juga aktiviti seperti skydive, jet boat, hot air balloon, sewa heli pusing-pusing dan macam-macam lagi. Semuanya menyeronokkan!! :)

Bagi yang suka nature, jangan lupa pergi Manly Beach tengok penguin dan Blue Mountains untuk tengok pemandangan cantik. @_@

PENGINAPAN DI SYDNEY

Terdapat banyak hostel-hostel backpackers kat sini. Tapi ramai yang suggest menginap di Malaysian Hall Sydney. Murah! Selain dari tu, pilihan-pilihan pengembara seperti YHA hostel, Maze Hostel dan lain-lain lagi. Aku suggest korang stay hostel, bagi yang nak jimat. Hotel kat Sydney ni mahal gila wei. *pitam*

MAKANAN HALAL DI SYDNEY 

Ada banyak restoran Halal kat Sydney, antaranya Time For Thai, Cafe Kasturi, Cafe Seulanga, Aah Sedap,  Turkish Stall, Enfes Kebab, Delima,  Curry at The Rock dan lain-lain lagi. Tapi harga satu makanan, perghhh .. melampau-lampau!! Nak buat camana? Aussie tak boleh bawa masuk makanan. Kalau tak, dah lama aku bawa Brahim's food. T_T

TRANSPORT DI SYDNEY

Kat Sydney ni aku banyak gerak dengan ferry. Siang-siang lagi dah beli kad Opal. Senang nak gerak pergi mana-mana. But still expensive. Ada satu kali aku teringin nak merasa naik tram kat Sydney ni. Dari Central ke Darling Harbour 7 dollar. Mak aihh!!! Dekat je pun. Selain dari ferry dan tram, korang boleh juga naik bas.


SHOPPING DI SYDNEY

First sekali, pergila Paddy's Markets. Murahnya ya ampun!! Souvenir dan macam-macam lagi. Selain dari tu, beli perfume kat Sydney pun murah!!! Ada yang siap bawa balik stock untuk jual lagi. Corelle dan Pyrex pun murah!! Eh, jangan lupa pergi World Kitchen, Birkenhead Point Mall dan lain-lain. Souvenir, corelle, perfume ... itu je lah yang murah kat Sydney. Haha.

BAJET CUTI DI SYDNEY

Yang ni susah nak cakap. Macam aku katakan kat Sydney, semuanya mahal.

_____________________________________________

Tempat-tempat menarik di Sydney? Yang itu aku akan ceritakan kat entry akan datang.. :)


Sexy Red Lips