Latest Posts

Showing posts with label TASIK KENYIR. Show all posts
Showing posts with label TASIK KENYIR. Show all posts
Bersawang kejap blog Kisah Tatie untuk beberapa minggu ni. Mana taknya, orang jauh pulang bercuti. Sekali sekala diorang balik cuti summer .. Kenalah entertain. Ye dop? Hihihi. 

Dalam pada masa yang sama sempatlah ke beberapa tempat such as Jakarta, Legoland, Singapore and etc, etc. Tapi sayangnya banyak event tak dapat pergi dek kerana kepadatan jadual setiap hari. Ada je benda yang kitorang nak buat. Isk, isk, isk.

Well, aku masih hutang dengan korang story Terengganu. Tak habis lagi bicara pasal negeri Terengganu. Macam aku khabarkan tahun lepas, Tasik Kenyir kini bukan sekadar tasik. Ada macam-macam benda kat sini.

Seperti Perkampungan Gajah Tasik Kenyir ..!! 


Perkampungan Gajah Tasik Kenyir atau in English, Kenyir Elephant Village ni baru je dibuka tahun lepas. Lebih kurang seperti yang sedia ada kat Pahang tu, kat sini pun ada keistimewaannya tersendiri. Tapi kejap je gajah-gajah ni membesar. 

Kunjungan tahun lepas, tempat ni baru dibuka beberapa minggu, kunjungan sekali lagi tahun ni .. Oh gosh ...!! Banyak betul perubahan yang ada kat sini.

Meniti jambatan gantung

Lokasinya di Sungai Telemong, Hulu Terengganu. On the way to Tasik Kenyir, nampaklah Perkampungan Gajah ni. Kalau sesat, tanya je local. Sure diorang tahu punya. Hehe.


Kat sini juga ada jambatan gantung dan menara tinjau di mana korang boleh melihat sendiri habitat gajah ni. Lagi feel tau!! Bukan jenis macam kat zoo. 


PERTUNJUKAN GAJAH 


Korang boleh menyaksikan pertunjukan gajah dan bagi diorang makan. Gajah-gajah ni memang bijak. Terpegun kejap tengok aksi diorang ni. Then, dari situ bolehla ke sungai berhampiran untuk sesi mandikan gajah dan sebagainya.


Comel tak gajah-gajah ni??? Comel kan?? Kan??


SESI MANDIKAN GAJAH


Luas gila tempat ni. Adalah lebih kurang 109 hektar. Alang-alang ke Tasik Kenyir, singgahlah ke sini sekali. Sambil datang tu, sambil la derma dengan membeli tebu yang diorang jual masa pertunjukan gajah tu. Hasil jualan tebu tu akan disalurkan ke gajah-gajah ini juga nanti. Hehehe.


Waktu Operasi
9 am - 5 pm (setiap hari) 
Jumaat (ditutup kejap jam 12.30-2.30 pm)


Ramai yang tanya, aku tak travel ke bulan Ramadan ni. Sememangnya mood nak travel tu ada. Cuma kali ni aku rasa, baiklah aku spend time kat rumah. Lagipun inilah masa untuk berehat dan menikmati bulan Ramadan. Tapi adalah juga curi-curi masa ke Genting kejap last week. Selebihnya kat rumah.

Sebenarnya banyak entri bersarang kat draft. Tapi dek kerana Ramadan, aku tundakan kejap cerita pasal travel. Mesti korang rindu cerita travel aku kan? Eleh, ngaku jelah. Hahaha. *perasan*

Kenyir Water Park | Taman Air Tasik Kenyir

Ingat lagi tak percutian ke Tasik Kenyir aku tahun lepas masa Squid Jigging Festival 2014? Tahun ni event yang sama cuma explore tempat yang berbeza. Tahun ni relax sikit. Sempatlah aku amek kesempatan hirup udara segar sambil menghayati ciptaan Illahi ni. Link tahun lepas, rujuk sini :


Hasil tulisan aku di ruang Cuti-cuti Bajet .Com Utusan Malaysia

Tasik Kenyir makin lama makin maju. Kalau dulu hanyalah alam semulajadi di tasik buatan manusia ni, tetapi kini siap ada Kenyir Water Park yang baru je dibuka akhir bulan Mei.

Jeti Pengkalan Gawi

And masa trip ke sini baru-baru ni, kami diberi peluang merasai sendiri keseronokan di Kenyir Water Park ni atau dalam bahasa Melayu, Taman Tema Air Tasik Kenyir. Dengar cerita kos pembinaan taman tema air ni je dah menelan belanja sebanyak RM7.5 juta. Gulp!!
Naik bot dari Pengkalan Gawi

Berkeluasan 2 hektar, taman tema ini bakal menarik minat pelancong dari luar untuk datang ke sini. Tapi aku datang hari tu macam tak siap lagi semuanya. Just a small place. Maybe datang lagi sekali, mahu terjojol biji mata tengok tempat ni. Muahahaha.


Dari Jeti Pengkalan Gawi nak ke sini dekat je. Dalam 4 minit. Alah, bertentangan je. Belum panas punggung dah sampai. Hahaha.

Paddle Boat RM5/seorang

Aku perhatikan kat sini terbahagi kat atas darat dan juga kat tasik. Tapi nak lagi best, pergilah kat area tasik. Tasik ni dalam tau. Abang tu kata 30 meter ke dalam. Tapi kalau tak dalam, takkan Gopro si Moka yang terjatuh tak jumpa-jumpa kan? Sah, memang dalam!! Hahaha.


Bahagian Tasik (wajib pakai life jacket)


Dan kat sini nanti lengkap dengan chalet, surau, kafe dan peti simpanan. Bilanya tu...?? Entahlah. Kalau diberi kesempatan join Squid Jigging Terengganu lagi tahun depan, nanti aku update korang ya. Hehehe. In a meantime, korang rajin-rajinlah ke sini.

Gazebo untuk disewa RM15/satu.
Pandangan Dari Atas
Yang belakang sekali berjanggut tu Anil Kapoor ... Eh? :p

Taman tema air ni dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 5 petang. Aku sarankan korang check weather dulu sebelum ke sini. Bayaran masuk ke Kenyir Waterpark ni pun takdelah mahal mana.

RM20 (dewasa)
RM10 (kanak-kanak)

Pesanan aku :
- Check weather sebelum datang
- Dilarang bawa makanan
- Kalau nak cepat, silalah balik sebelum tutup. Sebab bot untuk ke Pengkalan Gawi tak banyak. Turn by turn. Siapa lambat, dia kenalah menunggu lama.
- Bawa baju secukupnya
- Bawa duit secukupnya
- Bawa pelampung anak-anak, boleh sewa tapi mahal sikitlah
- Line telefon kejap ada, kejap takde
- Have fun!!!

Jangan lupa like facebook mereka

PERCUTIAN DI TASIK KENYIR | Hai assalamualaikum semua. Kemain excited dan ceria lagi Kisah Tatie pagi ni. Hari ni aku nak cerita pasal Tasik Kenyir. Korang pernah pergi tak? I know some of you mesti dah pernah pergi kan? Me? Inilah kali pertama jejak kaki ke sini. Selama ni naik flight nampak dari atas je.

Masa Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 tempoh hari, kami sempatlah menerokai sebahagian dari tasik ini. Benarlah kata orang, nak ke sini tak boleh pergi sehari. Tak cukup masa and at least 2-3 hari barulah puas hati. Anyway, sekali lagi nak ucap terima kasih Tourism Malaysia Negeri Terengganu sebab bawa kami semua ke sini. Teruja ahkak tau!


Pepagi lagi, kami dah berkumpul di Pengkalan Gawi Jeti, Tasik Kenyir sebelum dibahagikan kepada dua group. Group pertama pergi Island Hopping dulu dan group kedua pergi Sanctuary Kelah dulu, then swap seperti biasa. Semua peserta dah ceria semacam. Excited.


Jeti

Jom terokai Tasik Kenyir

Pengkalan Gawi

Selfie dulu k?

Tasik Kenyir ni adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan dibuat pada tahun 1985. Keluasannya? 260000 hektar. Terletak di Hulu Terengganu, tasik ini sering menjadi tumpuan pelancong, difahamkan penduduk negeri Terengganu pun repeat trip ke sini. Pemandangan kat sini jangan cakaplah, indah sangat. Terpegun kita melihatnya. Subhanallah.

Seperti lukisan kan?

Beautiful scenery

Tasik Kenyir dikelilingi hutan hujan tropika tertua di dunia, mengandungi 340 pulau dan beberapa air terjun. Airnya pula jernih dan udaranya yang nyaman mewujudkan persekitaran yang tenang dan menyegarkan minda kita. Hilang stress bila ke sini.

Tasik Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Seperti terdampar di tasik buatan manusia

Subhanallah

Houseboat


Jernih kan?

Sungai Petang

Untuk sampai ke Sanctuary Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir ini memerlukan daya tahan yang tinggi. Kuncinya adalah sabar. Rileks and enjoy the trip. Saya nasihatkan anda pakailah pakaian yang selesa. Don't be like me. Haha. Ehhh, tapi jangan give up di tengah jalan pula. Rugi jika dah ke Tasik Kenyir tapi tak singgah sanctuary ni. 

Ikan kelah atau dalam bahasa Inggeris Mahseer adalah antara ikan yang termahal. Especially yang berwarna merah. Harganya boleh mencecah RM700-RM800 seekor. Fuh! Rasa cam nak culik seekor je bawa balik. Hahaha. Just joking. Tapi isinya memang sedap. 


Saya suka naik ni. haha

Liku-liku jalan untuk sampai ke destinasi

Dah sampai ...!!

Di sini korang boleh mandi bersama ikan kelah, bagi diorang makan dan lain-lain. Ikan kelah ni pantang nampak benda pasti diorang berkerumun. Aku letak kamera pun diorang ingat makanan. Haha. Tapi awas ya, jangan sesekali korang try nak kidnap. No, No, NOOOOO.. NEVER!

mandi manda bersama ikan


bagi makan ikan

ikan kelah ni licik.. susah nak tangkap

fish spa? hahaha

underwater

Dah habis mandi, bagi makan semua, sekarang giliran kami pula untuk mengisi perut. Makan tengahari kami di Petang Island Resort. Di Tasik Kenyir ni terdapat tiga resort yang korang boleh stay, antaranya Petang Island Resort, Kenyir Sanctuary Resort dan Kenyir Resort & Spa. Tapi kalau nak rare, saya suggest sewalah houseboat. 

Otw to Petang Island Resort



Lauk tengahari

Bagi sesiapa yang berminat nak stay di Petang Island Resort Tasik Kenyir, bolehlah terus ke website mereka. Harga pakej bermula dari RM300/seorang. Untuk info yang lebih lanjut, click sini : PIR

Bye-bye Petang island Resort

Seterusnya kami ke Pulau Tekak Besar atau lebih dikenali sebagai Taman Tropika Kenyir. Kat sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan tropika yang mungkin korang pernah jumpa dan ada yang korang tak pernah jumpa. Kat sini juga terdapat kedai souvenir yang korang boleh singgah. :)



Habis pusing Pulau Tekak Besar, jom ke Pulau Belit yang sinonim dengan Taman Orkid.  Kat sini terdapat jambatan batu dan jambatan gantung yang menghubungkan korang ke beberapa tempat. Lokasinya menarik. Terbaiklah kalau nak buat sesi photography di sini.


Pulau Belit, Tasik Kenyir


Jambatan Batu


Jambatan gantung

Next, kami minta abang bot bawa kami pusing-pusing pulau. Walaupun tidak sempat meneroka semua, tetapi kami puas hati kerana dapat menyelami kecantikan tasik buatan manusia ini.

Taman Burung

Pulau Boh

Epic


Houseboat


Bergambar di atas houseboat

Korang boleh menyewa houseboat ni. Harga houseboat di Tasik Kenyir antara RM800-RM1500/semalam tengok pada saiz dan design. Unik. Kat houseboat ni terdapat bilik, bilik karaoke, dapur, ruang santai, toilet dan lain-lain. Lengkap. Macam yang kami pergi ni boleh memuatkan antara 10-15 orang. Asyik tidur homestay dan hotel je.. Sekali sekala tukar selera pulak. Lokasi houseboat ni ikut suka anda. Senang cerita, ia adalah rumah bergerak di atas air. Kan unik namanya tu. Hehehe.

Lepas jelajah Tasik Kenyir, kami kembali ke Pengkalan Gawi Jeti. Destinasi seterusnya adalah Kenyir Elephant Village (KEV) yang terletak tidak jauh dari Pengkalan Gawi ni. Kenyir Elephant Village ni adalah tarikan terbaru di Tasik Kenyir.

Mempunyai 8 ekor gajah dan 12 orang pekerja pakar, Kenyir Elephant Village ini bakal dijadikan sebagai Elephant Village yang terbesar di Malaysia mengikut perancangan di masa hadapan. Para pekerjanya atau mahout dilatih di Sungai Dekar. Terdapat juga mahout yang diimport dari Thailand.

Antara lain, kat sini juga menekankan nature. Terdapat kawasan beriadah seperti sungai, jambatan gantung dan banyak lagi. Menarikkan? Tempatnya juga baru. Tak sabar nak melihat Kenyir Elephant Village ini siap sepenuhnya. Mesti best!


dari jambatan ke jambatan, peliknya kita tak mabuk laut tapi mabuk jambatan
hahaha

berapa banyak selfie lah ..


pemandangan dari atas


menanti gajah


tu diaaa.. tengok gajah mandi


bagi makan gajah


anak gajah paling jinak dan bijak


Selfie dengan anak gajah .. 1, 2, 3 smileeee... *sah mereng*

Ibarat jatuh cinta pandang pertama. Bezanya Kenyir adalah alam semulajadi. Banyak lagi tempat yang tak sempat nak explore macam gua dan lain-lain. JOM next trip jom. Hehehe..  Rindu Tasik Kenyir.

Berminat nak ke sini? 
Contact Tourism Negeri Terengganu sekarang.

Tourism Terengganu
77A Jalan Sultan Sulaiman,
Kuala Terengganu, Malaysia

No Telefon :
09-6231553

Email :
tourism@terengganu.gov.my

Facebook :
Tourism Malaysia Terengganu

Website :
Terengganu Tourism

Terima kasih
Tourism Negeri Terengganu & 
Gaya Travel Magazine


Semua gambar adalah HAK MILIK BLOG KISAH TATIE
Dilarang mencuri. Terima Kasih.

Sexy Red Lips